News & Articles Panduan membeli tanah lot banglo

Panduan membeli tanah lot banglo


22 Dec 2023
Panduan membeli tanah lot banglo
PETALING JAYA: Memiliki tanah lot banglo sendiri menjadi idaman setiap keluarga. Apatah lagi banglo tersebut di atas tanah sendiri.

Jika dahulu banglo yang dibina mungkin didiami selepas bersara namun, kini, ramai yang berminat membina banglo bagi memudahkan keluarga berkumpul atau dijadikan rumah inap desa (homestay).

Ada juga yang gemar memilih lokasi strategik bagi membeli lot banglo di pinggir bandar kerana jauh lebih murah serta kawasan keluasan tanah yang agak lapang dan mungkin ada juga sungai cetek di kawasan berdekatan.
Disini disertakan panduan membeli tanah lot banglo:

1.Pastikan Lot individu bukan kongsi Geran atau Lot Lidi
Ramai orang beli tanah lot lidi atau kongsi geran sebab harga jauh lagi murah berbanding lot individu. Bagaimanapun, untuk jangka masa panjang dan menjamin pemilikan hartanah dan untuk pewarisan, usahakan untuk membeli lot individu.

Ada beberapa pemaju (individu atau syarikat) menggunakan kaedah perkongsian dan sama-sama bantu. Bermula dengan satu geran besar dikongsi bersama sehingga proses pecah bahagian (pecah lot) selesai.

Anda akan mendapat geran individu selepas proses pecah lot selesai dan harga pun lebih murah.

2.Beli lot banglo kurang 3,500 kaki persegi
Bagi keluasan minimum lot banglo pula, anda digalakkan membeli lot banglo paling kurang 3,500 kaki persegi atau 4000 kaki persegi atau keluasan tanah paling ideal adalah 5,000 hingga 6,000 kaki persegi.

Bagi yang mempunyai bajet lebih boleh membeli 8,000 hingga 10,000 kaki persegi.

Tidak digalakkan membeli Semi-D lot seluas 1,800 hingga 2,500 kaki persegi.

3.’Zonning’ adalah perkara perlu anda tahu jika membeli lot banglo
Anda boleh membuat semakan di Majlis Perbandaran samada lot banglo yang ingin anda beli berada di dalam zonning perumahan atau kawasan perancangan perumahan.

Ini penting, jika tidak termasuk dalam zonning perumahan maka nanti status perumahan atau pembangunan yang dipohon agak sukar untuk didapati. Zonning biasanya hanya akan di semak semula lima hingga 10 tahun sekali oleh pihak Majlis Perbandaran.

4.Pemaju juga adalah elemen terpenting dalam keputusan membeli lot banglo
Ada sesetengah pemaju yang tidak bertanggungjawab apabila membuat pecahan lot.

Ada pemaju membuat kerja separuh jalan, tinggalkan pembeli dalam keadaan tergantung tidak bertali dan tiada apa-apa hak ke atas tanah. Anda digalakkan berhati-hati dalam pemilihan pemaju atau individu apabila membeli lot banglo.

5.Tanah tiada lereng, dan rata
Tanah lot banglo yang terbaik untuk membina rumah dari segi kos adalah tanah yang rata, tidak berbukit, tiada sungai dan tiada lereng.

Sekiranya di lot tanah ada lereng bukit, kos untuk bina benteng atau ‘retaining wall’ perlu diambil kira. ‘Retaining wall’ ini biasanya menelan kos yang besar sehingga beratus ribu ringgit.

6.Siap dengan infrastruktur
Kalau tanah lot banglo dah siap infra, anda boleh jimat wang sebab tidak perlu tarik elektrik atau air.

Kos untuk tarik elektrik dan air ni berbeza mengikut jarak dan kepayahan. Ada kemungkinan menelan belanja sehingga berpuluh ribu. – UTUSAN

Source: utusan.com.my

Latest Posts
  • Sunsuria buys 20% stake in Kg Sungai Baru developer for RM10 mil, to inject RM40 mil to kick-start development

  • Projek Sunway Bayu catat jualan RM42 juta dalam masa sehari

  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline