News & Articles Sebab-Sebab Mengapa Anda Belum Memiliki Rumah

Sebab-Sebab Mengapa Anda Belum Memiliki Rumah


15 Aug 2018
Sebab-Sebab Mengapa Anda Belum Memiliki Rumah
Masih tertanya-tanya mengapa anda masih tidak berumah? Ataupun mengeluh bahawa memiliki kediaman sendiri bagaikan satu impian yang barangkali tdak akan menjadi nyata kerana harga hartanah kini terlampau mahal.
Realiti hartanah di Malaysia senantiasa berubah. Malah, harga kini dikatakan luar daripada kemampuan majoriti pembeli. Jika kita meletak senario seperti ini sebagai satu halangan, anda boleh malapkan sebarang kemungkinan untuk membeli rumah pertama anda.

Jangan khuatir kerana masih ada cara-cara yang boleh membantu anda mengatasi halangan untuk membeli. Antaranya adalah menukar gaya hidup harian kita yang mungkin menghadkan kemampuan kita tanpa disedari. Antara gaya-gaya hidup yang anda boleh ubah termasuk:

Berbelanja dengan mewah

Shopping memang menyeronokkan dan menggembirakan. Siapa yang tidak mahu memiliki jenama bag termahal dengan gaya terkini. Bag-bag mewah seperti Chanel dan Louis Vuitton merupakan penunjuk status sosial seseorang kepada masyarakat.
Bahkan, kini terdapat trend menunjuk-nunjuk pembelian terkini dan menghebah-hebahkan kemampuan untuk membeli secara mewah menerusi media sosial seperti Instagram.

Bagaimana nak membeli rumah jika kesemua wang ataupun pendapatan digunakan untuk shopping. Bayangkan jumlah wang yang dapat disimpan daripada pembelian boros dan mewah? Tahukah anda yang wang untuk membeli sebuah tas tangan Chanel boleh digunakan untuk wang pendahuluan sebuah rumah?

Kad kredit

Penggunaan kad kredit melampau turut boleh membuatkan impian untuk membeli rumah menjadi nipis. Penggunaan kad kredit memang ada kepentingannya tersendiri. Ianya boleh digunakan ketika kita tidak mempunyai wang ataupun saat-saat pokai. Malah, ada di antara kita menggunakan kad kredit untuk membayar PTPTN, insurans dan sebagainya. Jika anda boleh mengurangkan penggunaan kad kredit anda untuk hal-hal demikian, anda dapat memperoleh wang simpanan untuk membeli rumah anda.

Bayangkan, wang bayaran bulanan kad kredit anda boleh dijadikan wang bayaran ansuran rumah anda! Jangan terlalu bergantung kepada kad kredit anda untuk menampung perbelanjaan bulanan atau harian anda.

Hutang kereta

Kereta model terkini? Bagi kaki motor, ianya menjadi satu kemestian untuk menjadi pemilik kereta terkini keluaran mana-mana pengeluar automotif terkenal seperti Volkswagen, BMW, Mercedes ataupun Audi. Jika golongan wanita mempunyai tas tangan untuk diperagakan, golongan lelaki pula mempunyai automobil untuk ditunjuk-tunjukkan.

Penukaran kereta setiap dua sehingga tiga tahun memakan jumlah wang yang banyak. Apa tidaknya, harga atau nilai kereta akan merosot terutamanya dalam pasaran kereta terpakai dan anda bakal kerugian ribuan ringgit.

Malah, anda harus menambah wang untuk bayaran pendahuluan kereta baru sementara menunggu kereta lama dijual. Proses akan menjadi sukar jika kereta terdahulunya masih mempunyai pinjaman bank tertunggak.

Alangkah bagusnya jika wang pendahuluan serta pinjaman bank kereta tersebut digunakan untuk membiayai rumah baru anda?
Melancong ke luar negara. Bak kata William Shakespeare, “The world is your oyster”, yang bermaksud ambillah peluang untuk melakukan sesuatu yang baru dan menarik dalam kehidupan anda. Ini sudah semestinya termasuk impian untuk mengelilingi dunia. Ramai yang mahu melihat dan menjelajah ke serata pelusuk dunia. Siapa yang tidak mahu ke Amerika Syarikat untuk melihat bintang-bintang filem terkemuka? Ataupun ke England untuk menonton Liga Perdana Inggeris secara langsung di stadium-stadium terhebat di dunia?

Gah bunyinya tapi pada masa yang sama, wang yang diperlukan untuk mengelilingi dunia boleh mencecah berpuluh ribu ringgit. Bagi mereka yang masih belum memiliki rumah namun berhajat untuk menjelajahi dunia, barangkali anda perlu pertimbangkan semula keutamaan hidup anda. Mempunyai tempat kediaman yang kekal bakal memanfaatkan anda untuk jangkamasa yang panjang, sampai ke anak cucu. Menjelajahi dunia pula memberi kepuasan sementara dan hanya meninggalkan kenangan-kenangan indah sahaja.

Kerap makan di luar

Epidemik makan di luar seringkali berlaku di kalangan orang bujang malah juga di kalangan mereka yang berkeluarga. Bayangkan kos perbelanjaan makan di luar boleh mencecah RM25 sekepala, apatah lagi jika ianya dilakukan berkeluarga. Adakalanya, makanan-makanan yang disediakan di luar tidak enak mahupun sedap. Malah kuantitinya pun berkurangan gara-gara GST. Memang tak puas hati makan, kan? Ada yang juga berpendapat Kalau masak nasi pun tak pandai, apatah lagi nak masak pelbagai lauk? Anda tidak perlu berkemahiran seperti Chef Wan atau bergaya ala Gordon Ramsey untuk makan di rumah dengan lebih kerap.

Kini anda boleh belajar memasak menerusi penggunaan YouTube mahupun pelbagai aplikasi mudah alih. Mula dengan resipi mudah terlebih dahulu sebelum mencuba memasak masakan yang sukar. Makan masakan air tangan sendiri pasti membawa lebih kepuasan serta menjimatkan!
Bayangkan jika kesemua sebab-sebab yang dinyatakan dikurangkan atau dihentikan?

Barangkali anda sudah bergelar sebagai pemilik rumah!

Source: Propertyguru

Latest Posts
  • Influx of MNCs boost Kuala Lumpur's office market competitiveness: Knight Frank

  • Tropicana mulakan pembangunan berbilion ringgit Lido Waterfront Boulevard di Johor

  • REHDA warns against restrictions on property purchases, citing potential harm to housing market

  • Alfa Bangsar dinobat projek pembangunan mesra alam terbaik Malaysia

  • Premier De Muara hands over keys to buyers of Picasso Residence's Tower A