News & Articles RUMAH umpama jantung kepada penghuninya.

RUMAH umpama jantung kepada penghuninya.


25 Oct 2018
RUMAH umpama jantung kepada penghuninya.
Rumah umpama jantung kepada penghuninya. Ramai yang mengatakannya sedemikian.

Namun, dengan melihat harga hartanah terus meningkat kini, rumah juga adalah suatu tempat di mana kebanyakan wang dilaburkan!
Kelengkapan dapur yang canggih, sistem hiburan rumah terkini dan kelengkapan bilik mandi itu semua melibatkan kos.

Dengan begitu banyak simpanan digunakan untuk membeli sebuah rumah, adalah sesuatu yang wajar juga mencari jalan untuk melindunginya tidak kiralah daripada kejadian buruk alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran mahupun akibat khianat jenayah seperti kecurian.

Kejadian ini pastinya mendatangkan malapetaka kepada pelaburan terbesar yang dilakukan demi memiliki sebuah rumah.
Justeru, jika ingin melindungi kepentingan kewangan yang dilaburkan demi kediaman dimiliki, pertaruhan terbaik adalah mendapatkan insurans rumah.
Apakah insurans rumah?

Insurans rumah adalah sejenis insurans harta yang melindungi rumah serta kandungannya terhadap kerugian atau kerosakan. Dengan insurans rumah ia juga diliputi oleh liabiliti terhadap kemalangan di dalam rumah atau harta pemilik.

Di Malaysia, terdapat tiga jenis polisi insurans rumah utama yang perlu diketahui iaitu:

1. Polisi kebakaran asas: Ia melindungi harta benda daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, atau letupan.
2. Polisi rumah: Ia melindungi harta benda daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, atau letupan serta banjir, paip pecah, dan sebagainya
3. Polisi isi rumah: Ia melindungi harta dan kandungannya terhadap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, atau letupan serta banjir, paip pecah, dan sebagainya.

Dasar ini juga menyediakan liputan bagi anggota rumah yang diinsuranskan jika mereka cedera secara luka.
Anggarkan nilai yang diinsuranskan:

Pastikan bahawa ia dijamin dengan secukupnya setiap masa.

Langkah pertama untuk memastikan perlindungan mencukupi ialah dengan memasukkan semua kos membina rumah ini boleh berlaku sama ada baru saja mengubah suai bilik mandi atau menambah lantai baharu.

Pastikan memasukkan kos semua ubah suai atau peningkatan yang dibuat kepada harta kediaman pada setiap masa. Ini biasanya merupakan "nilai yang diinsuranskan" atau "jumlah yang diinsuranskan".

Jumlah nilai yang diinsuranskan bukanlah nilai harta itu sendiri, melainkan kos untuk membina semula rumah dan menggantikan kandungannya yang rosak.
Oleh itu, pastikan untuk memilih nilai yang diinsuranskan melebihi kos membina semula.

1. Memilih liputan yang betul

Adalah selamat untuk mengatakan bahawa apabila mahu menginsuranskan rumah sebenarnya bukan kesemua jenis perlindungan diperlukan hanya kerana ia boleh didapati.

Selain kebakaran dasar, pemilik rumah dan polisi isi rumah, pemilik juga boleh mendapatkan perlindungan ansuran pinjaman gadai janji, insurans penyenggaraan rumah, dan insurans tuan tanah sebagai manfaat liputan tambahan untuk keperluan khusus.

Dasar-dasar ini melindungi pemilik daripada pelbagai kerosakan yang lebih luas. Namun, pemilihan tambahan boleh dilakukan dan juga menjadikan jumlah keseluruhan premium bertambah.

Oleh itu, pastikan memilih tambahan ini hanya jika benar-benar memerlukannya.

2. Memilih penanggung insurans yang betul

Memilih penanggung insurans yang betul adalah sama pentingnya dengan mendapat manfaat perlindungan yang tepat.

Mulailah dengan memeriksa seberapa baik rangkaian perkhidmatan pelanggan penanggung insurans dan bagaimana mereka bersedia membantu di dalam memberi kefahaman berhubung keseluruhan dasar berfungsi.

Seterusnya, lihat sejarah penyelesaian tuntutan ditawarkan dan berapa banyak tuntutan berjaya dibayar.

Akhir sekali, lihat betapa telusnya penanggung insurans apabila ia berkaitan dengan manfaat liputan polisi dan proses penyelesaian tuntutan.
Selain itu boleh juga menggunakan nasihat mulut-ke-mulur daripada jiran, kawan, dan keluarga atau menjalankan pemeriksaan latar belakang yang mudah dalam talian berkaitan mana penanggung insurans rumah terbaik.

3. Membaca cetakan polisi dengan teliti

Tidak kira betapa baiknya kata-kata ejen insurans rumah dan tuntutan mempunyai kepentingan terbaik yang dinyatakan, jangan lupa untuk membaca terma dan syarat dasar dengan teliti.

Ini termasuklah yuran dan caj berkaitan kepada pengecualian liputan dan batasan serta pastikan membaca dokumen dasar dengan teliti.
Sekiranya ada apa-apa yang tidak faham atau perlu diubah, berhubung terus dengan ejen atau pihak perantara perhubungan yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Boleh juga mengesahkan syarat pembaharuan dengan ejen sebelum memilih untuk membeli polisi tersebut.

4. Mengurangkan premium polisi

Mendapatkan polisi insurans rumah yang komprehensif boleh menjadi mahal. Tetapi jika telah bersedia dan melakukan sedikit kajian, pastinya bukan mustahil untuk mendapatkan kos murah.

Sebagai permulaan, jangan masukkan semua kandungan rumah di dalam dasar itu. Walaupun pemilik mahu melindungi barang-barang lama seperti perabot dan elektronik, perlu diingat bahawa penanggung insurans hanya akan mempertimbangkan kos yang disusut nilai bagi item tersebut.

Ini termasuk kandungan rumah yang lama seterusnya menyebabkan premium menjadi lebih tinggi apabila mengambil polisi tersebut, namun pembayaran semasa penyelesaian tuntutan akan menjadi rendah.

Selanjutnya, cuba dan elak pilih perlindungan tambahan sebanyak mungkin kecuali perlu ini kerana ia mungkin tidak semestinya berguna dan hanya menambah kos insurans keseluruhan.

Source: mysinar online

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor