News & Articles Shah Alam Catat Carian Tertinggi

Shah Alam Catat Carian Tertinggi


29 Jan 2020
Shah Alam Catat Carian Tertinggi
Shah Alam di Selangor menjadi kawasan yang mencatatkan carian tertinggi oleh pembeli rumah Malaysia menerusi laman web pada 2019.

Portal hartanah, mendapati Shah Alam, yang terletak di Lembah Klang, merekodkan peratusan carian sebanyak 17.14 peratus.

“Antara faktor yang menyebabkan Shah Alam menjadi pilihan adalah berikutan persekitaran kehijauan yang menawarkan kehidupan lebih tenang di samping memiliki akses mudah kepada pelbagai kemudahan.

“Malah, Shah Alam juga dikenali sebagai hab pendidikan antarabangsa apabila terdapat beberapa jenama institusi pengajian yang menawarkan pelbagai program pendidikan menarik.
“Selain itu, kemudahan LRT3 yang akan menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia di Klang dijangka melalui enam stesen di Shah Alam serta akan siap sepenuhnya pada 2024.

“Ia secara tidak langsung meningkatkan nilai hartanah di Shah Alam khususnya di lokasi berhampiran stesen pengangkutan awam itu,” katanya.

Menurutnya, kawasan yang mencatatkan carian popular masih tertumpu di perbandaran Lembah Klang untuk rumah dan hartanah kediaman.

“Semua kawasan ini mempunyai satu persamaan iaitu akses mudah kepada pelbagai kemudahan seperti pusat beli-belah, hospital, sekolah, sistem pengangkutan dan aktiviti ekonomi yang berkembang pesat,” katanya.

Lokasi lain sekitar Lembah Klang turut menjadi tumpuan pembeli rumah termasuk Ara Damansara dengan carian mencapai 16.98 peratus, Cheras (13.15 peratus), Bandar Utama (12.22 peratus), Semenyih (11.96 peratus), Petaling Jaya (7.91 peratus), Rawang (5.50 peratus), Subang Jaya (5.19 peratus) dan Puchong (4.79 peratus).

Malah, Johor Bahru juga turut menjadi lokasi popular dengan 5.16 peratus jumlah carian berdasarkan data tingkah laku carian pengguna yang direkodkan.
“Kawasan ini mencatatkan jumlah carian tertinggi dalam kalangan pembeli rumah yang bagi tempoh Januari hingga November 2019,” katanya.

Source: MyMetro

Latest Posts
  • Influx of MNCs boost Kuala Lumpur's office market competitiveness: Knight Frank

  • Tropicana mulakan pembangunan berbilion ringgit Lido Waterfront Boulevard di Johor

  • REHDA warns against restrictions on property purchases, citing potential harm to housing market

  • Alfa Bangsar dinobat projek pembangunan mesra alam terbaik Malaysia

  • Premier De Muara hands over keys to buyers of Picasso Residence's Tower A