Enso Woods, kediaman inspirasi minimalis Jepun
KONSEP kesederhanaan dalam budaya Jepun telah menjadi satu seni global. Maka, tidak hairanlah konsep ini kian mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Diilhamkan daripada falsafah Jepun 'Danshari' atau 'declutter', Gamuda melancarkan kediaman terbaharu mereka, Enso Woods. Menerapkan konsep minimalis Jepun, penduduk dapat menikmati dan menjalani gaya hidup tenang serta minimalis.
Menampilkan rumah teres dua dan tiga tingkat, Enso Woods adalah tambahan terbaharu koleksi kediaman di bandar Gamuda Cove.
Projek kediaman ini sesuai buat pemilik rumah pertama, keluarga muda dan juga keluarga dengan pelbagai peringkat usia. Ini kerana Enso Woods mengetengahkan fleksibiliti ruang untuk kegunaan lebih praktikal.
Kediaman berpagar dan dikawal 24 jam ini mempunyai ruang pelbagai fungsi dan fleksibel buat kegunaan penghuni sama ada untuk makan, bekerja, bermain mahupun berehat.
Isi rumah juga berada dalam zon fleksi di mana penghuni boleh menjamu selera atau bekerja dari rumah sambil memerhatikan anak bermain di ruang tamu.
Pelan kediaman yang terbuka juga memberikan dua kali ganda pencahayaan semula jadi dan pengudaraan kepada isi rumah selain menampakkan ruang kediaman lebih luas.
Reka bentuk rumah yang luas turut memberikan penghuni ruang simpanan yang banyak. Selain itu, reka bentuk landskap yang ringkas dan persekitaran semula jadi yang sederhana menyerlahkan lagi ciri kediaman inspirasi minimalis Jepun.
Terletak di kawasan perbandaran 5G pertama Malaysia, Enso Woods juga mempunyai pelbagai kemudahan lain seperti kawasan untuk berkebun, ruang kerja (coworking space), taman permainan dan taman riadah.
Susun atur luas
Enso Woods dirancang bagi memenuhi keperluan gaya hidup penghuni. Selain memberikan ruang yang luas, ia juga mampu disesuaikan dengan pelbagai konfigurasi isi rumah.
Bermula daripada saiz 20'x65' sehingga 34'x60', terdapat lima pelan kediaman yang boleh dipilih. Sama ada tiga, empat, 4+1 atau 5+1 bilik tidur, pasti ada satu yang sesuai dengan keperluan bakal penghuni.
Selain itu, terdapat beberapa ruangan yang mudah ditukar untuk disesuaikan dengan kegunaan isi rumah, bahkan ada juga pilihan kediaman Enso Woods yang dilengkapi dengan taman peribadi.
Enso Woods juga menyediakan paviliun komuniti, sebuah kawasan di mana penduduk boleh bekerja atau belajar dengan tenang sambil dikelilingi oleh kehijauan. Paviliun komuniti setinggi dua tingkat mampu memberi banyak ruang dan privasi buat penduduk.
Terdapat beberapa kemudahan yang ada di paviliun komuniti Enso Woods antaranya bilik mesyuarat, ruang bekerja, kebun komuniti dan ruang acara.
Terletak di bandar Gamuda Cove yang hanya 10 minit dari Cyberjaya menjadikan Enso Woods kediaman impian bagi mereka yang menginginkan rumah teres di kawasan Lembah Klang.
Dikelilingi kehijauan subur, Enso Woods mempunyai beberapa tarikan menarik antaranya Paya Indah Discovery Wetland dan taman tema air SplashMania yang bakal siap pada tahun hadapan.
Selain itu, terdapat taman rekreasi Central Park untuk penduduk beriadah dan hanya 200 meter dari situ terletak sebuah taman mesra haiwan seluas 60 ekar khusus buat pemilik haiwan peliharaan.
Daftarkan minat anda untuk memiliki sebuah kediaman idaman di Enso Woods hari ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Gamuda Cove.
Source: Bharian.com.my