News & Articles Naik taraf rumah biasa ke banglo melalui VilaXchange
Naik taraf rumah biasa ke banglo melalui VilaXchange
17 Mar 2021
Kuala Lumpur: Pemaju hartanah Tekat Maju Sdn Bhd (TMSB) memperkenalkan pakej VilaXchange, sebuah program pertukaran yang memberikan peluang kepada pemilik-pemilik rumah di Malaysia untuk menaik taraf kediaman menjadi banglo.
Melalui VilaXchange, pemilik rumah kini boleh merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah baharu dengan hanya menukarkan rumah lama mereka selepas menjalani beberapa penilaian hartanah.
Pengarah program TMSB VilaXchange, Kenneth Lee berkata, program pertukaran ini memberi banyak kelebihan kepada pembeli rumah dan pelabur.
"Pemilik rumah yang ingin menjual hartanah semasa mereka dan ingin membeli rumah baharu boleh menghubungi kakitangan TMSB untuk proses penilaian hartanah mereka pada kadar yang kompetitif dan menarik.
"Selain itu, TMSB akan menawarkan tawaran terbaik kepada pembeli, seperti pakej perbankan dan tawaran nilai jualan yang tinggi untuk rumah lama tanpa sebarang proses yang menyulitkan," katanya.
Beliau menambah, situasi semasa pasaran dan kesan pandemik Covid-19 serta langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan penjualan rumah terpakai dan pencarian pembeli berpotensi pada masa yang singkat amat sukar.
"Jika hartanah semasa melalui ejen atau perunding hartanah, ia memakan masa. Proses lawatan ke hartanah juga boleh menyukarkan dan menjadi satu bebanan kepada pemilik rumah.
"Ini kerana pemilik rumah perlu berbelanja bagi mengubah suai, membersih dan mencantikkan rumah supaya harga jualan mungkin meningkat.
"Menerusi program VilaXchange, pertukaran dan penilaian hartanah akan menjadi lebih lancar serta mudah tanpa proses yang memakan masa," katanya.
Menurutnya, hartanah di Lembah Klang mampu mencapai purata peratus sebanyak dua hingga tiga peratus pulangan sewaan tahunan dan naik nilai modal tahunan minima sebanyak empat peratus hingga lima peratus.
Ini ialah pulangan pelaburan (ROI) yang menjadi tambahan kepada nilai hartanah. Sekali gus pulangan pelaburan dalam lingkungan enam peratus hingga lapan peratus.
"Oleh yang demikian, pemilikan hartanah ialah pilihan terbaik untuk mengekalkan kekayaan seseorang sebagai strategi pelaburan jangka panjang yang mengambil masa sekurang-kurangnya lima hingga 10 tahun," katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa ruang tanah yang terhad dan peningkatan penduduk akan menjadi asas sokongan kepada peningkatan harga dalam masa panjang.
Di samping itu, banglo sentiasa dianggap sebagai pelindung daripada inflasi berikutan peningkatan nilai kediaman dan sewa kebiasaannya akan meningkat ketika inflasi.