News & Articles Scientex sasar sedia 50,000 rumah mampu milik

Scientex sasar sedia 50,000 rumah mampu milik


22 Mar 2021
Scientex sasar sedia 50,000 rumah mampu milik
TASEK GELUGOR: Scientex Bhd menyasarkan untuk menyediakan sejumlah 50,000 unit rumah mampu milik menjelang 2028 bagi manfaat lebih 300,000 rakyat negara ini.

Ketua Pegawai Operasi Bahagian Hartanahnya, Datuk Alex Khaw Giet Thye, berkata setakat ini, Scientex menyerahkan lebih daripada 22,000 unit rumah kategori itu yang berharga kurang RM500,000 di serata negara.

Syarikat itu juga membeli tanah simpanan seluas 2,374.857 hektar di lebih 25 lokasi perdana di Semenanjung Malaysia.

"Daripada jumlah itu, kami mempunyai 72.718 hektar tanah perdana pegangan bebas di Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang menawarkan 2,332 unit rumah mampu milik jenis teres dua tingkat.

"Selain itu, kami akan turut menawarkan sebanyak 85 unit kedai/pejabat dua tingkat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran rumah contoh bagi projek syarikat itu di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo; serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Datuk Rozali Mahmud.

Sementara itu dalam sidang media, Pengarah Urusan Scientex, Lim Peng Jin berkata syarikat itu mempunyai 25 projek pembangunan hartanah di seluruh negara dan projek di Tasek Gelugor adalah yang pertama di Pulau Pinang.

"Biarpun tiada sebarang perancangan untuk mengembangkan projek rumah mampu milik di Pulau Pinang setakat ini, apa yang pasti projek di Tasek Gelugor ini bukanlah yang terakhir," katanya.

Beliau berkata, projek perumahan di Tasek Gelugor itu adalah yang pertama berteraskan konsep Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi syarikat itu.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor