News & Articles Rebat hingga 10%

Rebat hingga 10%


8 Apr 2021
Rebat hingga 10%
UDA Holdings Berhad menawarkan tujuh hingga 10 peratus rebat kepada pembeli hartanah di projek UDA yang terpilih di samping peluang memenangi pelbagai hadiah menarik berjumlah RM500,000 dalam Kempen UDA 50 Golden Offers.

Projek UDA yang terpilih adalah Residensi Legasi Kampung Bharu, Residensi Akasia Jubilee dan Residensi 38 Bangsar di Kuala Lumpur; Unit komersial Elevate, Kondominium Evoke dan banglo Crescent Dew di Pulau Pinang; Pisonia Ville dan Rossa Terrace di Johor Bahru; Pusat Komersial Coast dan banglo Sarai di Terengganu serta rumah berkembar semi-D Pelindung Heights di Pahang.

Pengerusi UDA, Datuk Seri Jalaludin Alias berkata, kempen ini sebagai tanda menzahirkan terima kasih kepada semua pelanggan UDA sejak sekian lama yang memberikan sokongan kepada UDA.

"Kempen UDA 50 Golden Offers bagi mengetengahkan produk hartanah UDA di seluruh negara dan usaha menggalakkan pasaran hartanah tempatan dan mempromosikan pemilikan hartanah bertepatan dengan peranan UDA memperkasakan gaya hidup lestari.

"Kempen ini adalah program yang pertama daripada pelbagai program lain yang disusun tahun ini.

"Kami berharap kempen yang menawarkan pelbagai hartanah meliputi kediaman dan komersial di seluruh Malaysia ini bakal menarik perhatian pembeli yang berpotensi," katanya berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Uda Golden Offers di Uda Legasi Kampung Bharu di sini, semalam.

Bagi tawaran Kempen Uda Golden Offers, setiap pelanggan yang membelanjakan RM100,000 produk hartanah UDA berhak mendapat satu borang penyertaan.

Sementara itu, beliau berkata, sejak 1991, UDA merintis jalan pembangunan untuk memperkembangkan pembinaan dan pemilikan hartanah di bandar khusus bagi Bumiputera termasuk memiliki dan menduduki premis perniagaan di kawasan bandar.

Menurutnya, UDA menawarkan harga rumah mampu milik dan berpatutan kepada golongan tertentu seperti B40, M40 dan T20.

Dalam pada itu, antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah hadiah utama Proton X50, lima ketul emas 50 gram dan lima motosikal Yamaha Y15ZR.

Kempen UDA Golden Offers ini terbuka kepada semua pembeli produk UDA bermula sejak 1 Januari lalu sehingga 31 Oktober depan.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor