News & Articles SP Setia catat jualan memberangsangkan

SP Setia catat jualan memberangsangkan


23 Apr 2021
SP Setia catat jualan memberangsangkan
KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah terkemuka, S P Setia Bhd mencatatkan jualan produk hartanah memberangsangan pada suku pertama 2021, di sebalik sentimen lemah pasaran susulan pandemik COVID-19.

Projek Acorus di Setia EcoHill 2 di Semenyih, Selangor yang dilancarkan menerusi previu khas dalam talian, menyaksikan semua unit rumah teres dua tingkat berkeluasan 20x65 kaki terjual sepenuhnya sebelum Tahun Baharu Cina.

Susulan kejayaan itu, Acorus 2 dilancarkan pada Mac lalu yang menyaksikan 70 peratus unit terjual pada hari pertama pelancarannya.

Fasa terbaharu bagi kolesi Bywater Homes di Setia Alam iaitu Plenum, turut mendapat maklum balas memberangsangkan daipada pelancaran dalam taliannya apabila semua unit dua tingkat berkeluasan 20x70 kaki habis ditempah dalam sejam.

Pengurus Besar Bahagian Setia Alam,Tan Siow Chung, berkata memandangkan Plenum habis terjual, S P Setia sedang menumpukan kepada apartmen servis terkininya, Setia City Residences, terletak di sebelah pusat beli belah Setia City Mall.

"Juga dalam perancangan adalah fasa terakhir koleksi Bywater Homes yang disasarkan untuk dilancarkan pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata, rentak positif itu diteruskan dengan kejayaan projek Melodia1 di Alam Impian, Shah Alam, yang menyaksikan 99 peratus unit habis terjual ketika dilancarkan Januari lalu.

"Rumah teres dua tingkat ini berukuran 22 x 75 kaki dan mempunyai reka bentuk moden kontemporari. Berikutan kejayaan Melodia1, Melodia2 seterusnya akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend