News & Articles Pemangkin pertumbuhan komuniti

Pemangkin pertumbuhan komuniti


27 Apr 2021
Pemangkin pertumbuhan komuniti
PEMBANGUNAN lengkap dengan kemudahan dan infrastruktur cukup penting dalam pembinaan sesebuah perbandaran seperti Horizon Hills di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Selain projek pembangunan rumah dan bangunan komersial, fasiliti dan kemudahan dibangunkan pemaju dilihat menjadi faktor kebanyakan pemilik kediaman merancang menetap di bandar baru.

Mengenal potensi atau keperluan penduduknya, Horizon Hills Development Sdn Bhd iaitu syarikat usaha sama antara UEM Land Bhd dan Gamuda Bhd merancang pembinaan sekolah antarabangsa yang memiliki rangkaian sekolah di rantau Asia seperti Hong Kong, Singapura dan Kemboja.

Sesuai dengan reputasi bandar Horizon Hills yang pernah disenaraikan antara bandar paling ingin diduduki bagi golongan berpendapatan tinggi, kemudahan itu boleh memenuhi permintaan mereka yang mahu mengikuti pengajian berasaskan kokurikulum luar negara.

Sekolah Antarabangsa Invictus dijangka siap pada tahun depan dan dibuka pada 2023 itu dijangka memenuhi keperluan populasi bandar terbabit sekitar 18,800 orang menjelang fasa pertama pembinaan siap. Manakala populasi bandar sekitarnya pula mencapai kira-kira 80,000 penduduk.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land Ngan Chee Meng, pihaknya berkolaborasi dengan CES Horizon Sdn Bhd (CES Horizon), anak syarikat milik penuh Chip Eng Seng Corporation Ltd (Chip) yang berpusat di Singapura untuk penubuhan sekolah yang dibina bagi disesuaikan dengan bandar Horizon Hills itu.

"Sekolah antarabangsa K-12 akan dikendalikan CES Horizon di bawah jenama sekolah antarabangsa Invictus dan akan menawarkan pengajaran tadika, sekolah rendah dan menengah," katanya.

"Sekolah berkenaan dijangka dibina dalam kawasan seluas 4.14 hektar di Horizon Hills dengan keluasan lantai kasar kira-kira 18,941 meter persegi

"Sebahagian daripada perjanjian kerjasama itu, Horizon Hills Development akan membangun dan membina kampus dalam tiga fasa yang akan disewa CES Horizon bagi tempoh 15 tahun, dengan pilihan untuk memperbaharui selama 15 tahun lagi.

"Nusajaya Greens, anak syarikat milik penuh UEM Land melalui Bandar Nusajaya Development Sdn Bhd adalah pemilik berdaftar tanah di mana Horizon Hills berada. UEM Land juga anak syarikat milik penuh UEM Sunrise Bhd yang komited dalam perancangan merealisasikan perbandaran yang lestari," katanya.

Menyentuh kolaborasi itu, kata Ngan Chee Meng, itu satu lagi bentuk komitmen ditunjukkan pihaknya dalam menyokong kemampanan pendidikan dalam sesebuah pembangunan bandar.

"Horizon Hill dibangunkan dengan semua elemen penting bagi kelestarian sebuah bandar baru dan terancang serta komuniti mendiaminya. Ia meliputi lokasi strategik untuk bekerja, bermain, membeli-belah, berekreasi di taman awam termasuk pendidikan.

"Pendidikan salah satu pemangkin utama pembangunan dan pertumbuhan kediaman, diharapkan dapat menyumbang kelestarian perbandaran apabila semua projek pembangunan selesai," katanya.

Manakala Ketua Pegawai Operasi (Selatan) UEM Sunrise Zamri Yusof pula berkata, pembinaan sekolah berkenaan mencakupi keperluan penduduk di wilayah Iskadar Puteri itu.

"Horizon Hills bertahun-tahun menetapkan penanda aras untuk kehidupan masyarakat berkualiti di pusat wilayah Iskandar Puteri.

"Seiring dengan itu, kami melihat permintaan yang baik untuk perkembangan kehidupan masyarakat di kawasan itu dan penubuhan sekolah antarabangsa dengan trek prestasi Sekolah Antarabangsa Invictus yang cemerlang adalah tarikan faktor demografi ini, terutama penghuni berkeluarga," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Chip Eng Seng Corp, Tan Tee How berkata, pihaknya mempunyai rancangan untuk meneroka bahasa Cina, Melayu dan bahasa lain untuk pelajar sebagai kemahiran hidup.

"Invictus menyediakan jalan menuju kejayaan akademik bagi mereka yang ingin melihat kemasukan ke universiti terkenal di seluruh dunia. Melalui persekitaran yang memelihara yang mendorong inovasi dan pembelajaran sepanjang hayat, Invictus memberi tumpuan kepada asas-asas belajar dan individu belajar," katanya.

Ia dijangka mula beroperasi pada 2023 dengan kapasiti sehingga 1,500 pelajar secara berperingkat.

Sekolah ini bakal terletak di sebelah pintu masuk selatan Horizon Hills, mudah dicapai oleh pemilik, penduduk dan masyarakat sekitar melalui Persiaran Selatan Horizon.

Bandar ini siap dijangka sepenuhnya pada 2027 menawarkan 11 kawasan kediaman dan sebuah rumah kelab seluas 150,000 kaki persegi serta komponen komersial dan pejabat selain taman rekreasi.

Source: hmetro.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor