News & Articles Harga sewa rumah di Hong Kong menurun, terendah sejak 2016

Harga sewa rumah di Hong Kong menurun, terendah sejak 2016


7 May 2021
Harga sewa rumah di Hong Kong menurun, terendah sejak 2016
HONG KONG: Harga sewa hartanah di Hong Kong, salah satu pasaran hartanah paling mahal di dunia turun kepada AS$4.33 (RM17.84) setiap kaki persegi pada suku pertama tahun ini, harga paling rendah sejak tahun 2016.

Menurut laman web untuk menyewa rumah secara atas talian, Sapcious.hk, sebuah pangsapuri yang mempunyai dua bilik tidur SOHO kini boleh disewa dengan harga sekitar AS$3,500 (RM14,421.75) sebulan, jauh lebih rendah berbanding AS$4,200 (RM17,306.10) pada dua tahun lalu.

Menurut Reuters, perkara itu berlaku susulan golongan ekspatriat antikerajaan yang menunjuk perasaan serta penurunan penduduk dan kadar pengangguran yang lebih tinggi telah menyebabkan permintaan sewa yang rendah di hab kewangan Asia.

“Data daripada Bloomberg menunjukkan sewa di pusat kewangan lain juga merosot sejak wabak Covid-19 melanda.

“Harga sewa di New York telah menurun 14 peratus pada tahun lalu sementara London mengalami penurunan 8.1 peratus.

Namun, Singapura mempunyai nilai sewa 2.4 peratus lebih tinggi,” katanya.

Tambahnya, hartanah mewah di daerah-daerah termasuk Mid-Levels dan Deep Water Bay menyaksikan penurunan paling banyak dengan nilai sewa menjunam sebanyak 25 peratus sejak pertengahan 2019.

Katanya, SOHO di daerah Sheung Wan yang popular dalam kalangan pelajar asing dan orang muda profesional, juga menyaksikan nilai sewa menurun sebanyak 20 peratus dalam tempoh yang sama.

Ketua Pegawai Operasi Spacious, James Fisher menjelaskan, ketidakpastian ekonomi dan kesukaran mobiliti yang muncul semasa protes prodemokrasi pada 2019 telah mendorong penurunan itu.

Ujarnya, pandemik Covid-19 turut menambah dorongan permintaan yang lemah itu.

Menurut penganalisis Bloomberg Intelligence, Patrick Wong, sewa boleh menurun lima hingga 10 peratus pada tahun ini kerana penyusutan populasi dan sekatan perjalanan yang dilaksanakan.

“Populasi penduduk bandar turun 0.6 peratus tahun lalu kepada 7.47 juta dan mungkin akan menurun lebih banyak setelah kerajaan United Kingdom (UK) menerima 27,000 permohonan daripada warga Hong Kong untuk mendapatkan visa negara tersebut.

“Walaupun pertumbuhan ekonomi pada suku pertama adalah yang terpantas dalam satu dekad, kadar pengangguran masih 6.8 peratus pada Mac,” jelasnya.

Menurutnya, ramai penduduk yang kehilangan pekerjaan berpindah bersama keluarga untuk menjimatkan kos.

Bagaimanapun, harga jualan rumah tetap stabil dan bertahan kerana permintaan yang tinggi untuk pemilikan rumah di kawasan bandar. -AGENSI

Source: Utusan.com.my

Latest Posts
  • Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar

  • Residential tenancy bill upholds neutral framework, does not discriminate - KPKT

  • Influx of MNCs boost Kuala Lumpur's office market competitiveness: Knight Frank

  • Tropicana mulakan pembangunan berbilion ringgit Lido Waterfront Boulevard di Johor

  • REHDA warns against restrictions on property purchases, citing potential harm to housing market