News & Articles Mah Sing mula eksport sarung tangan bulan ini

Mah Sing mula eksport sarung tangan bulan ini


24 May 2021
Mah Sing mula eksport sarung tangan bulan ini
KUALA LUMPUR: Mah Sing Healthcare Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd memperoleh lesen perniagaan dan lesen/permit lain yang berkaitan bagi mengeksport sarung tangan.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, ia memulakan operasi kilang pembuatan sarung tangannya di Kapar, Klang dan penghantaran sarung tangan pertama dijangka bermula pada bulan Mei atau Jun tahun ini.

"Kumpulan memperoleh bahan mentah yang mencukupi untuk memenuhi pesanan dan minat daripada pembeli dan pengedar, yang terutama untuk pasaran seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada, Asia Barat, Eropah, United Kingdom, Jepun, China, Korea, Singapura, Rusia dan Amerika Latin," katanya.

Mah Sing Healthcare berkata, ia juga menerima lesen eksport daripada Lembaga Getah Malaysia, yang akan memudahkan perniagaan eksport untuk operasi pembuatan sarung tangan kumpulan itu.

Ia turut memperoleh dua lesen penubuhan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) untuk Sarung Tangan Pemeriksaan Pesakit Polimer Nitril dan Sarung Tangan Pemeriksaan Pesakit Lateks daripada FDA AS.

Syarikat itu menambah, ia membuat kemajuan yang baik dalam memperoleh 'FDA 510 (k) Premarket Notification' dan 'Conformitè Europëenne (CE) Marking' masing-masing untuk eksport ke pasaran AS dan Eropah.

"Kejayaan ini menempatkan Mah Sing dalam kalangan beberapa peserta sarung tangan baharu pertama di Malaysia yang memulakan pengeluaran sarung tangan untuk memenuhi permintaan pasaran dengan segera," katanya.

Mah Sing Healthcare berkata, pelaksanaan usaha penerokaan sarung tangannya mengikut jadual kerana akan ada enam barisan/talian pengeluaran yang akan beroperasi pada suku kedua tahun ini, diikuti oleh enam lagi barisan/talian pengeluaran pada suku ketiga.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend