News & Articles Sunway akan jadi antara pengendali farmasi terbesar

Sunway akan jadi antara pengendali farmasi terbesar


25 May 2021
Sunway akan jadi antara pengendali farmasi terbesar
KUALA LUMPUR: Sunway Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Sunway Holdings Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan pemilik Multicare Pharmacy untuk memperoleh kepentingan majoriti dalam Multicare Health Pharmacy Sdn Bhd.

Walaupun butiran perjanjian itu tidak didedahkan, pengambilalihan berkenaan tertakluk kepada penyelesaian syarat tertentu dan akan dilakukan secara tiga peringkat yang akan selesai menjelang 2026.

Presiden Kumpulan Sunway, Tan Sri Chew Chee Kin, berkata pengambilalihan itu membolehkan pihaknya memanfaatkan gabungan kepakaran operasi kepakaran dan farmasi Multicare serta platform digitalisasi teknologi maklumat Sunway yang komprehensif.

Beliau berkata, Sunway yakin bahawa kumpulan farmasi itu akan menjadi salah satu rangkaian farmasi runcit yang paling pesat berkembang dan peneraju pasaran paling berjaya di Malaysia.

"Dengan pandemik ketika ini, terdapat semakin banyak tumpuan terhadap pentingnya perkhidmatan kesihatan utama seperti farmasi runcit dalam memenuhi keperluan kesihatan masyarakat.

"Pengambilalihan ini akan membolehkan Sunway memberikan perkhidmatan farmasi dan perkhidmatan yang berkaitan kepada pengguna di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.

Sunway memasuki pasaran farmasi pada 2016 dengan penubuhan Sunway Pharmacy, yang kini mempunyai 12 cawangan di Lembah Klang dan satu di Johor.

Dengan cadangan pengambilalihan 76 cawangan farmasi Multicare di enam negeri di Semenanjung pada Mei 2021, kumpulan yang digabungkan itu akan menjadi salah satu penggiat pasaran utama di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Multicare Group, Lang Leong Cheng, berkata setelah dua dekad berkhidmat untuk komuniti, pihaknya sangat gembira memasuki fasa baharu dengan Sunway sebagai rakan kongsinya.

Beliau berkata, sejajar dengan moto syarikatnya, 'We Care We Serve', kerjasama itu akan dapat memberikan nilai dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan selain mempercepat pertumbuhan bagi mencapai tahap lebih tinggi.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar

  • Residential tenancy bill upholds neutral framework, does not discriminate - KPKT

  • Influx of MNCs boost Kuala Lumpur's office market competitiveness: Knight Frank

  • Tropicana mulakan pembangunan berbilion ringgit Lido Waterfront Boulevard di Johor

  • REHDA warns against restrictions on property purchases, citing potential harm to housing market