News & Articles REHDA sokong lanjutan kempen pemilikan rumah

REHDA sokong lanjutan kempen pemilikan rumah


2 Jun 2021
REHDA sokong lanjutan kempen pemilikan rumah
PETALING JAYA: Lanjutan kempen pemilikan rumah (HOC) yang berkuat kuasa 1 Jun hingga 31 Disember ini disambut baik dan disokong sepenuhnya oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Presidennya, Datuk Soam Heng Choon berkata, lebih ramai pembeli berminat untuk memiliki rumah kerana insentif seperti duti setem Memorandum Pindahan dan Perjanjian Pinjaman percuma serta diskaun sebanyak 10 peratus untuk harga hartanah.

“Pada awal Mei tahun ini, hampir 50, 000 unit telah dijual di Semenanjung Malaysia di bawah kempen tersebut sejak ia bermula pada 1 Jun tahun lalu, dengan nilai potongan sekitar RM6.3 bilion yang diberikan oleh pemaju.

“Lanjutan HOC itu mewakili komitmen kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat pada waktu yang mencabar ini,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Menurut Soam, pelanjutan itu juga mencerminkan usaha REHDA dan pemaju hartanah dalam menyokong kerajaan dalam agenda pemilikan rumah.

Ujarnya, pihaknya berharap rakyat akan memanfaatkan kempen itu dan mengambil peluang itu untuk mencari kediaman mereka.

Jelasnya, mereka turut berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil kira pandangannya dan membenarkan lanjutan itu dilaksanakan untuk tempoh tujuh bulan yang akan memberi kelebihan kepada industri hartanah sekaligus dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem HOC sehingga 31 Disember 2021 sebagai sebahagian daripada bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan.

Program bantuan Pemerkasa Tambahan berjumlah RM40 bilion diumumkan kerajaan sebagai inisiatif terbaharu bagi meringankan beban rak­yat berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh mulai semalam. – UTUSAN ONLINE

Source: Utusan.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor