News & Articles Lantai tingkat 118 menara Merdeka 118 siap, kini bangunan tertinggi di Malaysia

Lantai tingkat 118 menara Merdeka 118 siap, kini bangunan tertinggi di Malaysia


9 Jun 2021
Lantai tingkat 118 menara Merdeka 118 siap, kini bangunan tertinggi di Malaysia
PETALING JAYA: Menara Merdeka 118 kini menjadi bangunan tertinggi Malaysia apabila lantai tingkat ke-118 bangunan itu siap dibina.

Menara milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu akan mencapai ketinggian sekurang-kurangnya 644 meter apabila siap sepenuhnya dijangka pada 2022, dan ia bakal dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara.

Anak syarikat milik penuh PNB, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PMVSB) berkata, menara itu merangkumi ruang lantai seluas tiga juta kaki persegi dan terdiri daripada 1.66 juta kaki persegi luas sewaan bersih ruang pejabat gred A serta kira-kira sejuta kaki persegi ruang niaga.

“Beberapa ciri yang mengagumkan telah dibangunkan di menara ini termasuk dek pemerhatian The View at 118 yang akan menjadi dek tertinggi di Asia Tenggara serta satu-satunya Hotel Park Hyatt di Malaysia yang terletak di 17 tingkat teratas menara.

“Dihubungkan secara terus dari menara ialah 118 Mall, sebuah pusat beli-belah dengan pelbagai peluang perniagaan menarik yang dikelilingi kehijauan serta taman terbuka, Merdeka Boulevard at 118 seluas 1.62 hektar untuk dinikmati orang ramai, di samping tiga menara kediaman eksklusif,” katanya dalam kenyataan dekat sini hari ini.

Selain itu, menurut PMVSB, lokasi presint tersebut turut menempatkan sebuah muzium tekstil yang mengetengahkan warisan tekstil dunia Melayu, sebuah pusat jagaan kanak-kanak dan Masjid Merdeka, masjid baharu dengan kapasiti ruang yang mampu memuatkan 3,000 jemaah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pihaknya gembira dengan kemajuan pembinaan tersebut dan menganggap ia sebagai peristiwa yang bermakna dalam pembinaan tersebut.

“Kini, Merdeka 118 telah pun 81 peratus siap dibina dan pemasangan fasad kaca berada di tingkat 108.

“Walaupun terdapat penangguhan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas, kami berpuas hati kerana pembangunan Merdeka 118 berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Source: Utusan.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor