News & Articles i-City, Maybank Islamic rangsang pasaran hartanah

i-City, Maybank Islamic rangsang pasaran hartanah


17 Jun 2021
i-City, Maybank Islamic rangsang pasaran hartanah
Kuala Lumpur: i-City menjalin kerjasama strategik dengan dengan Maybank Islamic bagi menawarkan penyelesaian pembiayaan rumah alternatif, HouzKEY untuk projek kediaman mewah terbaharunya, BeCentral di Segitiga Emas i-City.

Pengarah i-City, Monica Ong berkata, dengan Maybank Islamic HouzKEY, pelanggan dapat memiliki kediaman mewah antara mercu tanda berprestij seperti DoubleTree Hilton dan Pusat i-City Mall dengan keterhubungan di Segitiga Emas i-City bermula hanya RM1,250 setiap bulan.

Katanya, HouzKEY membolehkan pembeli rumah memperoleh harta tanah dengan kos pendahuluan minimum hanya tiga bulan pembayaran yang diperlukan sebagai jaminan deposit.

"Kami percaya produk HouzKEY adalah penyelesaian terbaik untuk pembeli rumah pertama dan peningkatan dalam merealisasikan impian mereka memiliki kediaman di pasaran semasa," katanya dalam kenyataan.

The HouzKEY adalah penyelesaian pembiayaan rumah yang ditawarkan Maybank Islamic dan sekiranya berkelayakan pembeli dapat menikmati pembiayaan 100 peratus bagi pembelian rumah mereka tanpa wang pendahuluan diperlukan tidak ada pembayaran yang diperlukan dalam tempoh pembinaan dan pembayaran bulanan rendah dengan harga terbaik.


Skim ini membolehkan pemilik rumah yang layak menikmati faedah di bawah Kempen Pemilikan Rumah yang merangkumi pengecualian duti setem untuk Memorandum Pemindahan (MoT) dan perjanjian pembiayaan HouzKEY serta 10 peratus potongan harga hartatanah utama.

Sementara itu, Pengarah Urusan Maybank Real Estate Venture, Sally Lye berkata, produk HouzKEY adalah penyelesaian terbaik untuk pembeli rumah pertama dan peningkatan dalam merealisasikan impian mereka untuk memiliki kediaman sekarang di pasaran semasa.

"Kerjasama ini dapat memperluas jangkauan dan membuka peluang untuk lebih banyak rakyat Malaysia memiliki kediaman tanpa perlu risau dengan kos pendahuluan yang tinggi membeli harta tanah," katanya.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor