News & Articles Pendigitalan bantu LBS capai sasaran jualan

Pendigitalan bantu LBS capai sasaran jualan


30 Aug 2021
Pendigitalan bantu LBS capai sasaran jualan
KUALA LUMPUR: Langkah LBS Bina Group Bhd (LBS) untuk segera beradaptasi kepada pendigitalan membuahkan hasil apabila berjaya mengharungi cabaran pandemik COVID-19 sejak tahun lalu dan kini di landasan untuk mencapai sasaran jualannya bagi tahun ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Hock San, berkata 2021 adalah tahun kedua negara memerangi pandemik COVID-19, namun di sebalik tempoh tidak menentu ini, LBS berjaya bertahan dan terus menunjukkan prestasi terbaik.

"Penyumbang kejayaan kami adalah usaha pendigitalan dan kesediaan untuk menerapkan perkara baharu ini dengan mengambil tindakan pantas serta saling bergantung antara satu sama lain.

"Jalan ke depan mungkin mencabar, tetapi jika terus melakukan yang terbaik dengan menyediakan rumah berkualiti dan mampu dimiliki selain terus meningkatkan perkhidmatan, kami yakin akan dapat mencapai sasaran jualan 2021," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan perjumpaan tahunan syarikat secara maya baru-baru ini.

Beliau berkata, tujuan utama perjumpaan itu adalah untuk membincangkan cabaran yang dihadapi oleh syarikat sewaktu pandemik ini, bagaimana ia diselesaikan, objektif dan hala tuju kumpulan tahun ini.

"Walaupun ia adalah acara maya, perjumpaan ini berfungsi sebagai platform dan peluang yang baik bagi pekerja untuk bersilaturahim dan mendapatkan motivasi.

Pada perjumpaan maya itu, LBS membentangkan tinjauan prestasinya untuk 2020 dan memberikan kemas kini mengenai inisiatif Hala Tuju Transformasi Digital syarikat dan kemajuan rancangannya yang lain.

Ia turut membentangkan kembali kempen yang dimulakan pada tahun ini iaitu #Duduk Rumah Deals 2.0 dan 3.0, Ox-Picious 8, Raikan Rezeki Bersama LBS dan Vacci-Nation Bonanza, di samping rancangan untuk separuh tahun yang berikutnya pada 2021.

Kira-kira 500 pekerja LBS termasuk pekerja daripada anak syarikat awamnya, MGB Bhd dan Zhuhai International Circuit Limited (ZIC) menghadiri perjumpaan maya itu.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar

  • Residential tenancy bill upholds neutral framework, does not discriminate - KPKT

  • Influx of MNCs boost Kuala Lumpur's office market competitiveness: Knight Frank

  • Tropicana mulakan pembangunan berbilion ringgit Lido Waterfront Boulevard di Johor

  • REHDA warns against restrictions on property purchases, citing potential harm to housing market