News & Articles Teladan Setia beli tanah RM117.89 juta di Jasin

Teladan Setia beli tanah RM117.89 juta di Jasin


7 Sep 2021
Teladan Setia beli tanah RM117.89 juta di Jasin
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Teladan Setia Group Bhd (Teladan Setia), Riverwell Resources Sdn Bhd, akan membeli lima bidang tanah berukuran kira-kira 136.91 hektar di Jasin, Melaka, dengan harga RM117.89 juta daripada Muhibbah Sdn Bhd.

Syarikat pembangunan hartanah yang berpangkalan di Melaka itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, cadangan pengambilalihan itu sejajar dengan strateginya menambah simpanan tanah di lokasi yang mempunyai potensi kukuh dan meningkatkan aktiviti pembangunan hartanahnya untuk menjana pendapatan mampan jangka panjang.

Jarak antara pembangunan sedia ada syarikat dan tanah-tanah terbabit akan membolehkan ia memanfaatkan penerimaan pembangunan sedia adanya serta ekonomi bidangan, kerana syarikat itu membuat pelaburan bagi jalan masuk dan infrastruktur pembangunan sedia ada.

"Oleh itu, cadangan pengambilalihan itu memberikan prospek yang baik kepada syarikat kerana ia akan mengukuhkan pembangunan hartanah di Jasin," kata Teladan Setia.

Teladan Setia berkata, RM94.3 juta atau 80 peratus daripada bayaran pembelian dijangka dibiayai daripada pinjaman bank manakala baki lebihan RM23.6 juta atau 20 peratus akan dibiayai menerusi dana dalaman serta hasil daripada tawaran awam permulaan (IPO) syarikat.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing buys Johor land from S P Setia for RM157mil

  • Pasaran rumah stabil sepanjang 2024

  • Sunway Property unveils Serene Villas project

  • MVV City bandar pintar di Seremban, GDV diunjur cecah RM15 bilion

  • New assessment rate for Ipoh to be announced on Dec 26 : Mayor