News & Articles LBS catat keuntungan bersih lebih tinggi

LBS catat keuntungan bersih lebih tinggi


8 Sep 2021
LBS catat keuntungan bersih lebih tinggi
KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS) meraih keuntungan selepas cukai lebih tinggi RM19.4 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM2.9 juta yang dicatatkan suku sama tahun lalu.

Pendapatan diperoleh pemaju hartanah itu pada suku dikaji melonjak 59 peratus kepada RM265.9 juta berbanding RM166.9 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

LBS dalam satu kenyataan berkata, keputusan suku kedua yang kukuh didorong permintaan berterusan serta kemajuan pembinaan yang konsisten terutama dalam segmen utama perniagaan pembangunan hartanah, yang terus menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan syarikat.

Bagi tempoh kewangan enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2021, keuntungan bersih LBS melonjak 614 peratus kepada RM52.3 juta berbanding RM7.3 juta tempoh sama tahun lalu.

Ia dipacu peningkatan pendapatan sebanyak 43 peratus kepada RM668.5 juta yang dicatatkan enam bulan pertama tahun ini.

LBS turut mengekalkan tunai dan setara tunai yang positif sebanyak RM163.6 juta pada separuh pertama tahun ini berbanding RM156.9 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Selain itu, LBS mengumumkan 19 projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.67 bilion.

"LBS memiliki simpanan tanah untuk pembangunan akan datang seluas 1352.8 hektar dengan anggaran GDV mencecah RM27.2 bilion dan jualan belum dibil sebanyak RM2.25 bilion," katanya

Di sebalik cabaran pandemik, LBS berkata ia masih kekal mencatatkan nilai penjualan yang membanggakan.

"Sehingga 29 Ogos 2021, LBS meraih jumlah jualan sebanyak RM728.3 juta serta tempahan dalam jangkaan RM599.8 juta dan berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran penjualan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2021," katanya.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata walaupun menghadapi pelbagai cabaran, pemaju hartanah itu berjaya memperoleh pendapatan dan keuntungan bersih yang tinggi bagi tempoh dikaji.

"Saya amat gembira dengan rekod yang dicatatkan ini. Kami akan berusaha ke arah mengekalkan pertumbuhan pendapatan dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi serta tekad mengatasi apa juga rintangan dan cabaran," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Tan: "Don't limit housing purchases"

  • S P Setia lancar Anggun Villa III di Bandar Kinrara, Puchong

  • Neoh: Adopt proactive strategies to preserve long-term value of high-rise properties

  • Pulau Pinang siap bina 170,000 rumah mampu milik

  • Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar