News & Articles Krisis hutang Evergrande heret turun Bursa Malaysia

Krisis hutang Evergrande heret turun Bursa Malaysia


24 Sep 2021
Krisis hutang Evergrande heret turun Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia susut ketika dagangan ditutup petang ini berikutan sentimen pasaran yang lemah dan kekurangan pemangkin belian.

Menurut peniaga, pelabur terus bimbang dengan krisis hutang kumpulan hartanah China, Evergrande Group dan impaknya kepada pasaran global.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.42 mata atau 0.09 peratus kepada 1,529.02 berbanding paras penutupan petang Selasa iaitu 1,530.44.

Indeks utama yang dibuka rendah 5.81 mata kepada 1,524.63, bergerak antara 1,520.71 dan 1,529.79 di sepanjang sesi urus niaga hari ini.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 584 berbalas 382 manakala 436 kaunter tidak berubah, 870 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.12 bilion unit bernilai RM3.16 bilion daripada 4.72 bilion unit bernilai RM2.86 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pelabur juga bimbang akan pertemuan Rizab Persekutuan (Fed) AS pada hari Selasa dan Rabu, yang mungkin akan mengesahkan rancangannya untuk mengurangkan sokongan terhadap ekonomi AS tahun ini.

"FBM KLCI nampaknya disokong dengan baik pada paras 1,520, oleh itu kami berpendapat pengumpulan saham akan berterusan. Untuk minggu ini, kami menjangkakan indeks akan terus bergerak secara mendatar dengan tahap sokongan 1,520 sementara halangan pada 1,550," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik lima sen kepada RM8.10, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.04, Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM8.05, TNB turun satu sen kepada RM9.81 dan Hong Leong Bank susut 14 sen kepada RM18 .46.

Bagi saham aktif, Bintai Kinden menokok lapan sen kepada 65 sen, Binasat lebih tinggi 7.5 sen pada 43 sen, Opcom melonjak 29.5 sen kepada RM1.11, Fintec tidak berubah pada dua sen, Pasukhas turun satu sen kepada 6.5 sen dan KNM susut dua sen kepada 23 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 10.71 mata kepada 11,222.11, Indeks FBMT 100 meningkat 5.68 mata pada 10,937.46, dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 45.79 mata kepada 12,243.67.

FBM 70 meningkat 69.43 mata kepada 14,906.93, sementara FBM ACE mengembang 111.93 mata kepada 7,107.55.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 10.10 mata kepada 6,274.72, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 1.74 mata kepada 198.22, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 100.34 mata kepada 15,153.86.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 2.61 bilion saham bernilai RM2.72 bilion daripada 2.95 bilion saham bernilai RM2.54 bilion pada Selasa.

Perolehan waran turun kepada 222.76 juta unit, bernilai RM25.46 juta daripada 323.43 juta unit bernilai RM58.31 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menyusut kepada 1.26 bilion unit bernilai RM416.51 juta daripada 1.42 bilion unit bernilai RM264.18 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menguasai 360.29 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (873.52 juta), pembinaan (89.24 juta), teknologi (379.74 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (42.47 juta), hartanah (205.74 juta), perladangan (22.81 juta), REIT (19.07 juta), dana tertutup (5,000), tenaga (331.59 juta), penjagaan kesihatan (96.74 juta), telekomunikasi dan media (78.93 juta), pengangkutan dan logistik (89.74 juta ) dan utiliti (16.85 juta).

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia

  • Analysts positive on Mah Sing's new Old Klang Road land acquisition

  • Tan: "Don't limit housing purchases"

  • S P Setia lancar Anggun Villa III di Bandar Kinrara, Puchong

  • Neoh: Adopt proactive strategies to preserve long-term value of high-rise properties