News & Articles Widad dapat kontrak bina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai

Widad dapat kontrak bina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai


30 Sep 2021
Widad dapat kontrak bina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai
KUALA LUMPUR: Widad Group Bhd (Widad) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Widad Builders Sdn Bhd (WBSB) menerima Surat Anugerah (LoA) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kontrak bernilai RM244.3 juta bagi pembinaan Pakej 3C Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Widad berkata WBSB secara asasnya terbabit dalam pembinaan dan pengurusan kemudahan bersepadu akan memulakan kerja-kerja pada 27 Disember ini untuk lebih selama 36 bulan.

Pengarah Urusan Kumpulan Widad, Datuk Dr Mohd Rizal Mohd Jaafar, berkata meskipun berada dalam persekitaran mencabar, syarikat itu tetap aktif dalam mendapatkan projek baharu.

"Dengan kemajuan yang dicapai dalam memperoleh kontrak pesanan, kami positif untuk menerajui industri ini sebagai peserta terkemuka pada masa depan. Kami optimis untuk mencapai prestasi utama serta mengekalkan prestasi kewangan tahun ini," katanya.

Setakat ini, Widad sudah memperoleh kontrak bernilai RM545.7 juta tahun ini, menjadikan nilai million in 2021, menjadikan nilai kontrak keseluruhan kira-kira RM1.74 bilion.

Mohd Rizal berkata, Widad memiliki kontrak untuk menjadikan syarikat itu sangat aktif dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

"Beberapa kontrak yang diperoleh kumpulan dalam tempoh beberapa bulan lalu termasuk kontrak membina sekolah di Bangi, Selangor bernilai RM53.2 juta; Projek bernilai RM29 juta berkaitan dengan pengurusan kemudahan dan penyelenggaraan Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei; serta projek kerajaan negeri Kedah untuk menaik taraf loji rawatan air di Kuala Muda dan Baling, masing-masing bernilai RM129.4 juta dan RM89.8 juta," katanya.

Untuk memastikan pengembangan perniagaannya berterusan, Widad berkata, ia akan terus menerapkan strategi tiga serangkai iaitu merebut peluang menerusi penawaran normal, memanfaatkan sinergi kumpulan dan memperoleh konsesi aset jangka panjang.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia

  • Analysts positive on Mah Sing's new Old Klang Road land acquisition

  • Tan: "Don't limit housing purchases"

  • S P Setia lancar Anggun Villa III di Bandar Kinrara, Puchong

  • Neoh: Adopt proactive strategies to preserve long-term value of high-rise properties