News & Articles Ageson beli tanah industri di Batang Padang, Perak

Ageson beli tanah industri di Batang Padang, Perak


22 Oct 2021
Ageson beli tanah industri di Batang Padang, Perak
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik 75 peratus Ageson Bhd, Ageson Holdings Sdn Bhd (AHSB) memeterai perjanjian penjualan dan pembangunan dengan Zhejiang Guorong Digital Economy Group Ltd (ZGDEG) bagi pembelian sebidang tanah industri bernilai RM278.78 juta di Batang Padang, Perak.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat berkata berdasarkan perjanjian itu, AHSB akan melaksana dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan untuk infrastruktur dan lot industri (tanpa bangunan) di atas tanah yang bersesuaian dengan spesifikasi dan keperluan ZGDEG.

Ia berkata, AHSB pada 21 Oktober 2021 mengadakan perjanjian jual beli dengan ZGDEG bagi pembelian sebidang tanah industri seluas 168 ekar di Wilayah Sungai Kelian Baru di Daerah Batang Padang, Perak oleh ZGDEG daripada AHSB dan/atau Perbadanan Menteri Besar Perak.

Ageson berkata, AHSB akan memulakan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan dan akan menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam jangka masa tiga tahun dari tarikh permulaan, atau tempoh lanjutan yang lain yang mungkin dipersetujui bersama di antara kedua-dua belah pihak.

"Syarikat berharap penjualan dan pembangunan itu akan membuka jalan untuk pembinaan dan/atau projek kerjasama pembangunan di antara kedua-dua belah pihak di masa depan.

"Berdasarkan semua perkara terbabit, penjualan dan pembangunan diharap dapat meningkatkan pendapatan dan prestasi kewangan keseluruhan kumpulan yang seterusnya dijangka meningkatkan nilai pemegang sahamnya," tambahnya.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia

  • Analysts positive on Mah Sing's new Old Klang Road land acquisition

  • Tan: "Don't limit housing purchases"

  • S P Setia lancar Anggun Villa III di Bandar Kinrara, Puchong

  • Neoh: Adopt proactive strategies to preserve long-term value of high-rise properties