News & Articles CIMB tawar pembiayaan hartanah kepada pelanggan Juwai IQI

CIMB tawar pembiayaan hartanah kepada pelanggan Juwai IQI


22 Oct 2021
CIMB tawar pembiayaan hartanah kepada pelanggan Juwai IQI
KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd menjalin kerjasama dengan Juwai IQI, kumpulan teknologi hartanah terbesar di Asia sebagai bank tempatan pertama menawarkan pembiayaan hartanah kepada pelanggan Juwai IQI di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, CIMB berkata perkongsian itu turut membolehkan akses langsung kepada rangkaian penyelesaian pelaburan dan manfaat eksklusif CIMB, sekali gus menawarkan pusat sehenti untuk pelbagai keperluan pembiayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff, berkata bank itu menawarkan penyelesaian patuh Syariah dan mampan kepada pelanggan Juwai IQI, termasuk pembiayaan, takaful, deposit, pelaburan dan perkhidmatan perbankan yang lain.

"Melalui kadar dasar semalaman pada paras rendah 1.75 peratus, pengguna boleh memanfaatkan kadar gadai janji, serta mencari kelas aset lain untuk menjana hasil yang lebih tinggi.

"Kami meramalkan pertumbuhan yang lebih kukuh bagi perniagaan perbankan pengguna kami pada tahun ini dan menjangka permintaan yang lebih tinggi terhadap hartanah di negara ini dan ASEAN secara keseluruhannya, seiring dengan pemulihan ekonomi global," katanya.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Strong tourism growth anticipated in Langkawi

  • Bali Escape Kuala Lumpur dibuka suku keempat 2025

  • 76,664 housing credit guarantee applications worth RM17.86bil approved since 2008

  • Pelaburan hartanah komersial Malaysia meningkat

  • Knight Frank: Malaysia's commercial property transactions rising, mirroring global trend