News & Articles Jualan Shopee 11.11 tawar hadiah kondominium RM500,000

Jualan Shopee 11.11 tawar hadiah kondominium RM500,000


29 Oct 2021
Jualan Shopee 11.11 tawar hadiah kondominium RM500,000
Kuala Lumpur: Shopee mengumumkan Shopee 11.11 Jualan Hebat yang akan menghubungkan lebih banyak lagi perniagaan dengan tawaran lebih hebat, keseronokan dan hiburan lebih meriah mulai sekarang hingga 11 November 2021.

Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, ia telah menaik taraf festival berkenaan dengan menawarkan hadiah terbesar setakat ini iaitu unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East, dengan kerjasama pemaju hartanah SkyWorld Development Group.

"Pembeli hanya perlu bermain Tekan & Menang Kondo dan mengumpul tiket emas di Shopee untuk peluang memenangi rumah ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Shopee telah mengembangkan ekosistem digitalnya untuk membantu lebih ramai pengguna, perniagaan dan komuniti mengakses dan memanfaatkan e-dagang.

"Dengan keadaan pandemik yang beransur pulih, kami menyasar untuk menjadikan 11.11 ini lebih bermakna dan membawa impak yang ketara kepada semua.

"Kami akan terus membawa penjimatan kepada pengguna kami, sambil memberikan sokongan yang lebih baik untuk membantu perniagaan berkembang bersama-sama komuniti tempatan supaya kami boleh menuju ke masa depan yang mengutamakan digital," katanya.

Menurutnya, tawaran Jualan Hebat 11.11, keseronokan dan ganjaran juga termasuk kembalinya bintang antarabangsa Jackie Chan dengan iklan baharu; lebih 40 juta syiling Shopee untuk dimenangi; dan BMW 218i Grand Coupe M Sport yang boleh dimenangi menerusi permainan Putar dan Menang.

"Selain daripada itu, pengguna kali pertama aplikasi Shopee akan menerima RM100 apabila mengaktifkan ShopeePay mereka dan layak menerima kredit ShopeePay RM25 apabila berjaya mengaktifkan akaun premium dompet mudah alih mereka.

"Mereka juga akan menerima Baucar ShopeePay bernilai RM60, dan Baucar Alu-aluan RM15 untuk pembelian pertama mereka di Shopee," katanya.

Jualan Hebat 11.11 itu juga menyasarkan untuk menghubungkan lebih ramai peniaga luar talian dengan pelanggan dengan pulangan tunai RM11 menerusi baucar ShopeePay.

"Selain itu, mulai 1 November dan seterusnya, pelancong boleh menuntut baucar diskaun potongan RM100 dengan pembelanjaan minimum RM150 untuk pakej pelancongan yang menarik.

"Ini adalah tambahan kepada baucar rebat RM100 untuk hotel bertaraf empat dan lima bintang, dan baucar rebat RM50 untuk hotel bertaraf tiga bintang ke bawah," katanya.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia

  • Analysts positive on Mah Sing's new Old Klang Road land acquisition

  • Tan: "Don't limit housing purchases"

  • S P Setia lancar Anggun Villa III di Bandar Kinrara, Puchong

  • Neoh: Adopt proactive strategies to preserve long-term value of high-rise properties