News & Articles Bajet 2022: Galakkan golongan muda miliki rumah

Bajet 2022: Galakkan golongan muda miliki rumah


1 Nov 2021
Bajet 2022: Galakkan golongan muda miliki rumah
PERMATANG PAUH: Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan pada Jumaat memberi galakkan kepada golongan muda yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) .

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, peruntukan RM2 bilion yang disediakan melalui skim tersebut juga dapat memudahkan rakyat yang tiada bukti pendapatan tetap membeli rumah.

Jelasnya, dengan adanya langkah tersebut, ia dapat meningkatkan pemilikan harta atau kekayaan golongan muda kerana nilai rumah yang dibeli ketika usia muda akan meningkat berkali ganda sekali gus merancakkan pasaran hartanah.

“RM2 bilion (yang) disediakan dalam bentuk jaminan adalah untuk memberi peluang kepada peminjam memiliki rumah, selalunya 90 peratus daripada margin pembiayaan (berbentuk pinjaman) sementara 10 peratus lagi kena dapatkan deposit dari luar.

“Tetapi sekarang ada SJKP untuk memastikan semakan pembiayaan pinajaman dan akan dapat memungkinkan dan menggalakkan anak muda memiliki kediaman dalam kalangan mereka yang merupakan pembeli pertama,” kata Reezal Merican.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan kunci rumah kepada 10 pemilik rumah Prima Residensi Pauh Permai di sini, pada Sabtu.

Rumah khusus untuk kumpulan M40 itu mempunyai 1,017 unit yang dijual pada harga mampu milik sekitar RM250,000 hingga RM275,000 dengan lebih 700 unit dibeli oleh golongan muda .
Selain itu, Reezal Merican berkata, semua projek perumahan membabitkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) , penyediaan rumah di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perbadanan PR1MA Malaysia akan diteruskan.

Dalam masa sama, beliau turut menyambut baik pengecualian pelupusan cukai Keuntungan Harta Tanah bagi individu warganegara , pemastautin tetap mulai tahun keenam .
Jelasnya, langkah itu dapat mengurangkan bebanan kewangan pelupus, sekali gus menggalakkan pelaburan hartanah negara.

Source: Astroawani.com

Latest Posts
  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia

  • Analysts positive on Mah Sing's new Old Klang Road land acquisition

  • Tan: "Don't limit housing purchases"

  • S P Setia lancar Anggun Villa III di Bandar Kinrara, Puchong

  • Neoh: Adopt proactive strategies to preserve long-term value of high-rise properties