Bersama mereka kehidupan masa hadapan dengan EcoWorld
PEMAJU perumahan terkemuka, Eco World Development Group Berhad (EcoWorld) komited menawarkan ekosistem dan gaya hidup terbaik buat semua pengguna.
Terbaharu, syarikat itu tampil dengan kempen Bersama Kita Mereka - Together We Create, membantu merealisasikan impian masa hadapan, tidak kira buat pemilik kediaman, komersial atau perindustrian.
Bagi EcoWorld, konsep 'co-creation' yang diketengahkan menerusi kempen ini bukan soal membina rumah atau ruang semata-mata, sebaliknya ia adalah penyelesaian gaya hidup.
Berdasarkan rekod, konsep co-creation itu juga sudah mula diterokai oleh EcoWorld sejak 2019 lagi dalam usaha membangunkan kediaman yang sempurna untuk semua generasi.
Justeru, menerusi Bersama Kita Mereka, EcoWorld bersedia mengorak langkah bersama anda untuk mewujudkan gaya hidup, perniagaan dan komuniti yang sesuai dengan aspirasi semua.
Dari aspek kediaman, ramai yang mengetahui bahawa setiap rumah EcoWorld memenuhi pelbagai keinginan dan kehendak pengguna.
Bagi EcoWorld, setiap rekaan kediaman tidak berpandukan reka bentuk semata-mata, sebaliknya penting untuk mengambil kira idea penghuni itu sendiri.
EcoWorld percaya, pemilik sesebuah hartanah lebih berhak menentukan gaya hidup dan konsep kediaman yang mereka inginkan.
Menerusi kajian trend pembelian hartanah dan maklum balas pengguna, EcoWorld mengenal pasti beberapa jurang baharu dalam penawaran produk.
Antaranya, keperluan memenuhi citarasa pembeli rumah pertama dan keluarga muda, serta keluarga yang ingin tinggal berdekatan tetapi tidak mahu menetap di bawah satu bumbung.
Hasil tinjauan itu, EcoWorld akhirnya memperkenalkan Co-Home dan ErgoHomes.
Co-Home adalah kediaman yang menawarkan konsep hidup setingkat dan bertanah di mana anda boleh memilih unit di tingkat satu atau unit tingkat bawah.
Menarik menerusi Co-Home, EcoWorld menyempurnakan dua keperluan utama pembeli kediaman iaitu menawarkan rumah mampu milik dan memenuhi gaya hidup.
Dengan ErgoHomes pula, konsep kediaman ini diilhamkan daripada sains ergonomi yang bertumpu kepada perancangan ruang yang lebih cekap.
Tidak sama seperti rumah teres tradisional, setiap unit ErgoHomes dirancang menjadi rumah lot sudut berdasarkan ciri penempatannya yang unik.
ErgoHomes diwujudkan bagi mereka yang mengimpikan sebuah kediaman atas tanah yang luas dan berpatutan.
Selain konsep dan idea yang memikat hati, Co-Home dan ErgoHomes masing-masing ditawarkan pada harga mampu milik, menarik minat pembeli rumah pertama dan keluarga muda.
Kedua-dua projek kediaman ini menjadi bukti komitmen EcoWorld sebagai pemaju hartanah yang sentiasa memahami keperluan dan permintaan pasaran alaf baharu.
Selain itu, koleksi EcoWorld Garden Homes pula menawarkan kediaman serba inovatif dengan konsep dalaman dan luaran yang memukau.
Garden Homes di Eco Grandeur dilengkapi taman bersaiz mini di bahagian sisi kediaman berkeluasan 5 kaki* yang dapat diubah suai menjadi taman zen mini atau tempat bersantai.
Garden Homes di Eco Botanic pula disertakan ruang beranda 10 kaki* membolehkan anda menikmati pemandangan taman hadapan dan belakang yang menakjubkan.
Lebih menarik, beranda itu juga boleh diubah suai menjadi ruang dalaman untuk bekerja dari rumah, tempat hiburan, ruang permainan kanak-kanak, barbeku atau tempat makan.
Garden Homes juga menawarkan Backlane Garden seluas 20 kaki hingga 30 kaki* untuk kanak-kanak beriadah di luar rumah dengan selamat kerana zon ini bebas kereta.
Garden Homes kini boleh didapati di Eco Grandeur @ Lembah Klang dan Eco Botanic @ Iskandar Malaysia.
Hubungi wakil jualan Eco Grandeur atau Eco Botanic untuk maklumat lebih lanjut.
Sementara itu, rumah Semi-D dan Banglo Eco Horizon pula dilengkapi dengan konsep susun atur fleksibel yang membolehkan anda memaksimumkan ruang untuk keluarga besar serta tetamu.
Nikmati gaya hidup dalaman dan luaran dengan kawasan hijau peribadi dan taman belakang yang indah dan luas.
Selain mempunyai kemudahan kelab eksklusif, semua kawasan kediaman Eco Horizon berpagar, dijaga oleh pengawal keselamatan dan dilengkapi kamera litar bertutup (CCTV) 360 darjah.
Ketahui lebih lanjut mengenai rumah Semi-D dan banglo ini yang terletak di pembangunan Eco Horizon dengan menghubungi wakil jualan Eco Horizon.
Bersama kita mereka komuniti berkembang maju
Bagi pengusaha perniagaan, EcoWorld adalah rakan kongsi paling ideal untuk memacu perniagaan anda ke tahap lebih tinggi.
Kemajuan perbandaran, jaringan perniagaan, perhubungan, inovasi dan konsep kelestarian EcoWorld yang kukuh, menjadi titik permulaan yang sangat baik untuk mencipta kejayaan.
EcoWorld percaya, kejayaan sesebuah komuniti terhasil daripada perhubungan yang kukuh dan semangat bersama untuk menggapai sesuatu objektif.
Bersama kita mereka perniagaan lestari
Sementara itu, pasukan Eco Business Park (EBP) juga bersedia menawarkan penyelesaian semua dalam satu untuk usahawan.
Eco Business Park I adalah hab perindustrian di Tebrau yang menawarkan ruang fleksibel untuk perniagaan dengan keluasan lantai 10kN/m2, menjadikannya sesuai untuk kegunaan pejabat korporat, perniagaan, bilik pameran, gudang dan banyak lagi.
Menariknya, setiap unit dilengkapi lampu cekap tenaga yang membantu meminimumkan penggunaan pencahayaan buatan sekali gus mengurangkan kos penyelenggaraan.
Eco Business Park I juga direka bagi membolehkan pemilik premis meluaskan lantai mezanin untuk pembangunan masa depan.
Dengan tawaran produk perindustrian hijau, penyelesaian inovatif dan lokasi strategik, EcoWorld mencipta ruang dan peluang tersendiri untuk pengusaha untuk menerajui perniagaan pada tahap maksimum.
Ketahui lebih lanjut mengenai EBP I dengan menghubungi wakil jualan Eco Business Park I.
Jadi, jika anda sedang mencari kediaman impian atau pakej untuk mengembangkan perniagaan, jangan lepaskan peluang untuk membangun bersama EcoWorld.
Source: Bharian.com.my