News & Articles Perak cadang bangunkan LRT, Ipoh Central [METROTV]

Perak cadang bangunkan LRT, Ipoh Central [METROTV]


16 Nov 2021
Perak cadang bangunkan LRT, Ipoh Central [METROTV]
Ipoh: Perak berhasrat membangunkan sistem pengangkutan, Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar raya ini sebagai usaha mengatasi masalah kesesakan dan menambah baik kemudahan awam pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, cadangan itu masih di peringkat kajian dengan kos pembangunan masih belum diputuskan.

"Namun sebagai permulaan, hub pengangkutan di sekitar Stesen Keretapi Ipoh, di sini akan dibangunkan bagi tujuan berkenaan yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 60 hektar," katanya selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan 2035 Bandaraya Ipoh serta melancarkan Pelan Tindakan dan Penjenamaan Wilayah Pelancongan Greater Ipoh di sini, hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Datuk Mohd Faidzal Hamzah.

Nolee Ashilin berkata, beliau yakin sistem pengangkutan bersepadu mampu meningkatkan kadar mobiliti penduduk mahupun pelancong dengan penyediaan pengangkutan transit kapasiti tinggi berasaskan rel atau LRT, selain mengatasi masalah kesesakan.

"Kita hendak membuat lebih kurang seperti Ipoh Central yang mana dilengkapi satu hub pengangkutan yang lebih efisien dan moden.

"Ini kerana kita melihat Ipoh ini masih banyak kawasan berasaskan 'drive in' berbanding penggunaan kenderaan awam, jadi saya rasa ini perkara yang ingin kita boleh perbaiki agar dapat meningkatkan 'accessibility' bandar raya Ipoh dan memberi kemudahan kepada penduduk pada masa akan datang," katanya.

Menurutnya, projek itu juga boleh menyumbang kepada peningkatan pembangunan hartanah setempat.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia

  • Analysts positive on Mah Sing's new Old Klang Road land acquisition

  • Tan: "Don't limit housing purchases"