News & Articles Rumah Transit Belia (RTB) diteruskan

Rumah Transit Belia (RTB) diteruskan


18 Nov 2021
Rumah Transit Belia (RTB) diteruskan
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meneruskan inisiatif Rumah Transit Belia (RTB).

Dalam sesi menjawab perbahasan Bajet 2022, Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau berharap dapat membantu golongan muda untuk menjadi lebih stabil sebelum mereka mampu untuk memiliki aset hartanah sendiri.

“Bagi membantu golongan muda yang kurang berkemampuan, inisiatif RTB akan diteruskan sebagai inisiatif membantu golongan muda untuk mengukuhkan kedudukan kewangan sebelum mereka memiliki kediaman sendiri. Selaras dengan komitmen kerajaan dalam meningkatkan aksesibiliti perumahan oleh rakyat khususnya melibatkan golongan muda, Panel Pemikir (Panel of Experts) akan diwujudkan.

“Panel ini akan membantu dan memberi nasihat kepada kementerian dalam pelbagai isu perumahan khususnya melibatkan kluster sosial, ekonomi dan geopolitik serta merangka strategi bagi aksesibiliti perumahan yang konklusif, praktikal dan mampan,” jelasnya d Dewan Rakyat hari ini.

Dalam sesi yang sama, Reezal Merican menjelaskan, program MyHome dan MyDeposit telah dihentikan.

“Program ini didapati amat bermanfaat untuk golongan muda di mana 85 peratus peminjam adalah golongan berusia 25 hingga 35 tahun.

“Walau bagaimanapun, program ini telah dihentikan dan kementerian sedang meneliti semula cadangan pewujudan skim seumpama ini dengan mengambil kira pembiayaan yang lebih sesuai atau sustainable,”katanya.

Source: Utusan.com.my

Latest Posts
  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025

  • Pembeli projek Senze@PICC dapat kunci rumah pada 2027

  • [UPDATED] Iconic Penang opens Iconic Marjorie Hotel in Penang