News & Articles Pasaran hartanah dijangka bertambah baik tahun hadapan

Pasaran hartanah dijangka bertambah baik tahun hadapan


10 Dec 2021
Pasaran hartanah dijangka bertambah baik tahun hadapan
KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah dijangka pulih beransur-ansur dan stabil pada tahun hadapan sejajar seiring dengan aktiviti ekonomi yang semakin bertambah baik.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata industri hartanah tempatan menunjukkan pemulihan selepas harga permintaan dalam Indeks Pasaran Hartanah Malaysia (MPMI) mencatat pertumbuhan tahunan 0.92 peratus pada suku ketiga lalu.

"Ini sejajar dengan keseluruhan aktiviti ekonomi, sentimen terhadap pekerjaan dan kestabilan kewangan yang bertanbah baik, serta peningkatan peratusan individu lengkap vaksinasi.

"Oleh itu, saya menggesa pemaju hartanah di Malaysia untuk meneruskan usaha mereka dalam melancarkan lebih banyak projek perumahan baharu dengan harga yang berpatutan, mampu milik dan memilih lokasi yang bersesuaian.

"Di samping itu, wajarlah bagi pemaju-pemaju hartanah memastikan setiap projek yang dilancarkan akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran galeri jualan M Astra di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing Group, Tan Sri Leong Huy Kum dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Ho Hon Sang.

Sementara itu Hon Sang berkata, M Astra adalah projek pertama daripada pengambilalihan kedua tanahnya pada tahun ini dan juga pembelian tanah poket pertama sejak projek M Adora, M Luna dan M Adora pada 2019.

Katanya, projek itu juga adalah pembangunan bercampur keduanya di kawasan Setapak ini, yang menyaksikan M Adora di Wangsa Melawati menerima sambutan menggalakkan apabila 90 peratus unit telah habis dijual selepas dilancarkan tahun lalu.

"M Astra menampilkan susun atur praktikal yang direkabentuk mengandungi tiga & empat bilik tidur dengan unit paling mampu milik berkeluasan 850 kaki persegi ditawarkan pada harga indikatif RM399,000.

"M Astra telah menerima hampir 5,800 pendaftaran dalam tempoh lima bulan sejak kami mula membuka pendaftaran pada Julai lalu. Kami jangkakan trend semasa ini untuk berterusan sehingga ke hari pelancarannya hari ini," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia