News & Articles Malton rancang jual Pavilion Bukit Jalil

Malton rancang jual Pavilion Bukit Jalil


27 Dec 2021
Malton rancang jual Pavilion Bukit Jalil
KUALA LUMPUR: Malton Bhd sedang berunding untuk menjual Pavilion Bukit Jalil Mall kepada Pavilion Real Estate Investment Trust (REIT).

Pavilion Bukit Jalil Mall terletak dalam Bukit Jalil City, kawasan pembangunan di bawah Malton.

Malton dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, MTrustee Bhd, yang bertindak sebagai pemegang amanah Pavilion REIT, menerima pelawaan daripada anak syarikatnya, Regal Path Sdn Bhd untuk memulakan rundingan bagi potensi penjualan pusat beli belah itu.

"Pusat beli belah itu, dengan ruang runcit kira-kira 1.8 juta kaki persegi, dibuka kepada orang ramai pada 3 Disember 2021," kata Malton.

Ia menambah, pengumuman selanjutnya mengenai perkara itu akan dibuat kemudian.

Pengerusi Eksekutif Malton, Tan Sri Desmond Lim Siew Choon memegang 43.33 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

Siew Choon juga adalah pengerusi dan pengarah eksekutif bukan bebas

Pavilion REIT Management Sdn Bhd, pengurus Pavilion REIT.

Ketika ini, portfolio Pavilion REIT merangkumi Pavilion Kuala Lumpur Mall, Intermark Mall, Da Men Mall, Elite Pavilion Mall serta Pavilion Tower.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • NCM Co Celebrates 38 Years of Auction Excellence with 8 Hours of Non-Stop Property and Vehicle Bidding at the July Auction Carnival 2025

  • Celebrating 38 Years of Auction Excellence with Over 700 Units Up for Grabs at July Auction Carnival 2025

  • Strata Sense: Demystifying strata living

  • MTD Properties lancar perbandaran bernilai RM1 bilion di Kajang, Melaka

  • PJ’S NEW ICON: A Walkable City, A Prestigious Address