News & Articles Country Heights teroka kerjasama dengan JD.com

Country Heights teroka kerjasama dengan JD.com


29 Dec 2021
Country Heights teroka kerjasama dengan JD.com
KUALA LUMPUR: Country Heights Holdings Bhd (CHHB) memeterai beberapa perjanjian untuk membangunkan model perniagaan omnichannel di Malaysia selaras dengan pelan transformasi digitalnya.

CHHB menandatangani perjanjian usaha sama (JVA) dengan Starpulse Sdn Bhd yang membuka jalan baginya untuk melaksanakan perjanjian pelesenan dan kerjasama dengan Beijing Wodong Tianjun Information Technology Co Ltd (JD.com) bagi membangunkan omnichannel, atau berbilang saluran, model perniagaan di Malaysia.

Ia akan menubuhkan JDMines Sdn Bhd secara usaha sama 70:30, dengan CHHB memegang bahagian yang lebih besar, bagi mengendalikan inisiatif digital ini.

Starpulse Sdn Bhd, sebuah inkubator teknologi, akan memegang 30 peratus.

"Starpulse akan bekerjasama dengan CHHB dalam melaksanakan dan menjayakan model perniagaan omnichannel," kata CHHB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

CHHB berkata, JDMines akan melesenkan platform dan sistem daripada JD.com.

Kenyataan itu berkata, JDMines juga akan membina sebuah kedai fizikal seluas kira-kira 100,000 kaki persegi di tingkat bawah Pusat Konvensyen & Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di Selangor.

Dalam makluman berasingan, kumpulan itu berkata kerjasama dengan JD.com akan membawa kepada pembangunan model perniagaan omnichannel JD.com, menggunakan teknologi JD.com dan sumber CHHB untuk pasaran Malaysia.

-BERNAMA

Source: Bharian.com.my/

Latest Posts
  • Land in Sungai Pinang for LRT station never intended for housing development, says Chow

  • Harga rumah bertanah di KL, PJ dijangka naik tiga hingga empat peratus

  • Mah Sing fokus tawar rumah mampu milik di kawasan bandar

  • Data centre bonanza for property sector

  • Property sector to keep thriving in 2025