News & Articles Peningkatan kos bahan mentah, industri hartanah dijangka terus lembap tahun ini

Peningkatan kos bahan mentah, industri hartanah dijangka terus lembap tahun ini


10 Jan 2022
Peningkatan kos bahan mentah, industri hartanah dijangka terus lembap tahun ini
KUALA LUMPUR: Hartanah mungkin bukan lindung nilai yang baik terhadap inflasi pada masa ini memandangkan kenaikan harga hartanah akan dihadkan disebabkan oleh lebihan bekalan yang berterusan.

Menurut RHB Research, selain itu kitaran inflasi tidak berkemungkinan akan menyebabkan permintaan dan pertumbuhan pendapatan yang besar disebabkan peningkatan mendadak dalam kos bahan binaan yang bermula pada 2Q21.

“Banyak komoditi seperti minyak mentah, keluli, tembaga dan aluminium mengalami kenaikan harga yang ketara.

"Memandangkan pertumbuhan ekonomi baru mula pulih dan memandangkan keadaan lebihan bekalan yang berterusan, kami tidak fikir pemaju akan dapat meneruskan kos tambahan melalui harga jualan hartanah yang lebih tinggi," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

Di samping permintaan yang tidak memberangsangkan dan peningkatan kos, RHB berkata,tiada sebarang rancangan untuk menarik pelaburan langsung domestik dan asing baharu, mahupun koridor ekonomi baharu untuk memulakan semula enjin ekonomi dalam Bajet 2022.

"Tiada juga disebut mengenai sebarang projek infrastruktur mega baharu, dan hanya sebutan ringkas mengenai projek MRT 3.
"Sektor hartanah mungkin perlu terus memanfaatkan projek infrastruktur yang sedang dijalankan untuk menerajui pemulihan," katanya.

Dalam pada itu RHB menjangkakan pilihan raya umum akan datang akan diadakan tidak lama lagi, yang telah menunjukkan untuk mewujudkan permintaan yang tidak memberangsangkan untuk stok hartanah enam bulan sebelum pengundian di seluruh negara disebabkan oleh prospek yang tidak menentu selepas pilihan raya.

RHB menganggarkan pertumbuhan jualan 2021 adalah kira-kira 70% berbanding dengan penguncupan sebanyak 16.4% tahun ke tahun (yoy) pada 2020.

"Untuk 2022, kami mengunjurkan pertumbuhan jualan 10-15% yoy memandangkan asas yang lebih tinggi pada 2021. Pilihan utamanya ialah Matrix Concepts dengan harga sasaran RM2.47 sesaham," katanya.

Source: Astroawani.com

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia