News & Articles Forest City rai ulang tahun keenam

Forest City rai ulang tahun keenam


13 Jan 2022
Forest City rai ulang tahun keenam
JOHOR BAHRU: Kumpulan pembangunan hartanah, Country Garden Pacificview Sdn Bhd (Country Garden) meraikan ulang tahun keenam Forest City tahun ini.

Forest City ialah projek pembangunan lestari peringkat bandar yang meliputi kawasan seluas kira-kira 30 kilometer persegi berdekatan dengan Iskandar Malaysia.

Projek itu pertama kali dicipta oleh Country Garden dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd Johor pada 2015.

Bandar ekologi pintar itu kini boleh menampung ratusan ribu penduduk, sambil turut menawarkan pilihan tempat makan, riadah dan bersiar-siar yang menarik untuk pelawat antarabangsa.

Country Garden dalam satu kenyataan berkata, sepanjang enam tahun yang lalu, projek ini dibangunkan selaras dengan kaedah dan peraturan kerajaan wilayah dan pusat Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan sosial serta ekonomi negara.

Katanya, Forest City juga menjadi model untuk bandar pintar yang boleh didiami, lestari dan mesra perniagaan pada masa hadapan.

"Ulang tahun keenam Forest City adalah satu kesempatan untuk meninjau peristiwa penting dalam pembangunannya dan menunjukkan rasa penghargaan yang mendalam untuk semua individu dan institusi yang terbabit.

"Pada masa hadapan, projek ini akan mengekalkan objektifnya untuk menjadi sebuah bandar yang lebih industri, pelbagai budaya, hijau dan bertenaga," katanya.

Di Forest City, pelancong dan penduduk boleh melawati labirin hijau gergasi, menikmati pemandangan matahari terbenam di hadapan pantai yang unik, membeli-belah daripada jenama mewah eksklusif dan bersenam dikelilingi oleh alam semula jadi.

Bandar pintar ini juga terkenal dengan dua pusat peranginan golf, yang terdiri daripada sebuah hotel dan dua padang golf 18 lubang yang direka oleh Liang Guokun serta Jack Nicklaus dan anaknya.

Forest City adalah lebih daripada sekadar tempat kediaman atau pelancongan yang pintar dan mampan.

Projek ini bertujuan untuk meletakkan Malaysia pada peta dunia sebagai destinasi utama untuk pelancongan, peluang ekonomi, pendidikan cemerlang dan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia