News & Articles Kempen Sime Darby Property raih tempahan jualan RM1.83 bilion

Kempen Sime Darby Property raih tempahan jualan RM1.83 bilion


7 Feb 2022
Kempen Sime Darby Property raih tempahan jualan RM1.83 bilion
KUALA LUMPUR: Kempen tahunan Spotlight 8 Sime Darby Property Bhd telah mencatatkan jumlah tempahan jualan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) terkumpul sebanyak RM1.83 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Azmir Merican, berkata produk baru dilancarkan dengan gabungan GDV sebanyak RM1.4 bilion menjadi penyumbang terbanyak kepada kempen yang diadakan dari 28 Ogos 2021 hingga 8 Januari 2022, memperoleh 81 peratus penerimaan daripada jumlah tempahan jualan.

Katanya, ia diikuti oleh saham sedia ada syarikat dengan GDV sebanyak RM400 juta, meraih 19 peratus daripada keseluruhan tempahan jualan.

"Kejayaan kempen ini adalah bukti kepercayaan pembeli rumah terhadap kami untuk menawarkan produk berkualiti di lokasi dan titik harga yang tepat.

"Produk Sime Darby Property di setiap perbandaran direka bentuk dengan mengambil kira ruang serba guna, kebolehcapaian dan ciri-ciri lestari untuk memenuhi permintaan pembeli rumah yang mempunyai keperluan dan keutamaan berbeza.

"Kami juga memanfaatkan platform digital kami untuk memasarkan produk dan tawaran kami secara strategik kemudahan pelanggan dalam menyelesaikan urus niaga dalam talian," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambahnya, ia juga adalah faktor utama yang membawa kepada kejayaan Kempen Spotlight 8 dan ia menggalakkan kumpulan untuk terus menawarkan pasaran dengan produk yang lebih menarik tahun ini.

Pelancaran baharu hartanah kediaman Sime Darby Property mendapat sambutan hebat, dengan Jendela Residences di KLGCC Resort, Maya Ara Residences di Ara Damansara, Elmina Green Five di Bandar Elmina, Serenia Aiora di Serenia City dan Trillia di Bukit Jelutong menjadi antara pilihan dalam kalangan pembeli rumah sepanjang kempen itu.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia