News & Articles Tiga projek EcoWorld di Johor untuk rumah baru anda

Tiga projek EcoWorld di Johor untuk rumah baru anda


14 Mar 2022
Tiga projek EcoWorld di Johor untuk rumah baru anda
MEMILIH destinasi rumah baru pastinya memberi tekanan, terutamanya buat mereka yang sudah berkeluarga.

Pelbagai aspek perlu diambil kira seperti suasana persekitaran, kawasan kejiranan serta kemudahan sekeliling seperti sekolah, kedai runcit, pasar raya, lebuh raya dan banyak lagi.

Pastinya, pelaburan yang mengambil masa kira-kira 35 tahun untuk dibayai perlulah menepati citarasa dan memenuhi keperluan seisi keluarga.

Sekiranya anda masih mencari rumah baru, senaraikan Johor sebagai salah satu lokasi pilihan kerana pemaju hartanah tersenarai awam, Eco World Development Group Berhad (EcoWorld) sedang membangunkan perbandaran di Johor yang bukan sahaja mempunyai bangunan kediaman, tetapi juga kawasan komersial.

Projek yang dibangunkan oleh EcoWorld di Johor merangkumi tiga perbandaran iaitu Eco Tropics, Eco Spring dan Eco Botanic yang pastinya memenuhi keperluan rumah baru anda.

Terletak di Pasir Gudang, Eco Tropic adalah kawasan perumahan berpagar dan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

Eco Tropics menawarkan rumah kediaman seperti Co-Home iaitu konsep hidup setingkat dan bertanah di mana anda boleh memilih unit di tingkat satu atau unit tingkat bawah.

Ia dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air serta dua ruang tempat letak kereta bersebelahan.

Ia juga dilengkapi taman lorong belakang seluas 20 kaki* yang boleh dijadikan ruang untuk anda menanam sayuran kecil seperti cili, serai, tomato dan banyak lagi.

Tambahan pula, ia terletak berdekatan sekolah, pasar raya Tesco, Eco Business Park III dan Eco Vantage yang sedia untuk disewa pemilik perniagaan serta banyak lagi kemudahan yang diperlukan anda sekeluarga.

Eco Tropic juga adalah kawasan mudah akses lebuh raya berdekatan seperti Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya Senai Desaru dan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL).

Hubungi wakil jualan Eco Tropics untuk maklumat lebih lanjut.

Terletak di Koridor Tebrau, Eco Spring mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama, termasuk Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL), Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pasir Gudang.

Eco Spring menawarkan Garden Homes iaitu taman tepi rumah berkeluasan 10 kaki* dan taman lorong belakang sepanjang 20 kaki*.

Garden Homes di Eco Spring merupakan kawasan perumahan berpagar dan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan, selain dilengkapi kemudahan seperti pusat perubatan, pasar raya, pasar raya besar, sekolah antarabangsa, hab pengangkutan, dan institusi pengajian tinggi yang tersedia di kawasan sekitar.

Selain itu, Eco Spring turut dilengkapi Eco Palladium iaitu kawasan komersial gaya Eropah dan Spring Labs yang menarik, cantik serta sesuai untuk dijadikan tempat bergambar.

Hubungi wakil jualan Eco Spring untuk maklumat lebih lanjut.

Eco Botanic yang terletak di Iskandar Puteri ini berpagar dan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

Antara produk yang ditawarkan oleh Eco Botanic adalah rumah teres dua tingkat dengan empat bilik dan tiga bilik air, setiap unit akan disertakan taman belakang seluas 20 kaki*.

Justeru, kanak-kanak boleh menikmati aktiviti luar rumah tanpa kerisauan ibu bapa yang bimbang akan kenderaan lalu lalang di kawasan perumahan.

Ini juga adalah rumah teres dua tingkat terakhir yang dilengkapi dengan taman belakang di Eco Botanic.

Eco Botanic juga dilengkapi sambungan ke lebuh raya utama dan akses mudah ke Lebuhraya Pantai, Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Skudai menjadikan perjalanan keluar dan masuk dari Eco Botanic menjadi mudah, sekali gus memperluaskan kawasan tadahannya untuk merangkumi Singapura dan Johor Bahru.

Daripada sudut komersial, Eco Botanic dilengkapi Eco Boulevard yang menyediakan jenama dan peniaga terkenal seperti Starbucks, Watsons dan pelbagai lagi.

Ia juga berdekatan dengan Eco Galleria iaitu pusat beli-belah yang sedia untuk disewa oleh pemilik perniagaan selain University of Southampton Malaysia (UoSM) yang menjadi salah satu penyewa utama Eco Galleria ketika ini.

Hubungi wakil jualan Eco Botanic untuk maklumat lebih lanjut.

Bagi EcoWorld, rekaan rumah kediaman penting untuk mengambil kira gaya hidup dan konsep kediaman yang penghuni inginkan.

Selepas mengkaji aliran pembelian hartanah dan menemukan jurang dalam penawaran produk tertentu serta keperluan berbeza oleh setiap generasi, EcoWorld tampil dengan konsep produk seperti Garden Homes dan Co-Home.

Kini, menerusi kempen Together We Create, EcoWorld bersedia untuk merealisasikan rumah impian dan komuniti berkembang maju bersama penghuni.

EcoWorld juga menawarkan Pakej Kediaman Sempurna* dan Pakej Pelancaran Sempurna*.

Layari laman web EcoWorld untuk memilih lokasi perbandaran EcoWorld pilihan anda untuk membina masa depan bersama.

*Tertakluk pada terma & syarat.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia