News & Articles Supermax bina kilang pertama di AS

Supermax bina kilang pertama di AS


24 Mar 2022
Supermax bina kilang pertama di AS
Kuala Lumpur: Supermax Corporation Bhd melalui anak syarikatnya yang berpangkalan di AS, Maxter Healthcare Inc akan membina Kemudahan Pembuatan Termaju di Brazoria County, Texas, Amerika Syarikat.

Supermax berkata kemudahan baharu itu akan menjadi kilang pembuatan ke-18 syarikat di seluruh dunia dan yang pertama di Amerika Syarikat.

Menurut syarikat itu, kemudahan pembuatan baharu seluas 215 ekar itu akan mempamerkan keupayaan canggih melalui penggunaan kecerdasan buatan dan kejuruteraan robotik yang diperluaskan dan akan merangkumi lapan bangunan.

"Fasa satu akan memulakan pembinaan pada suku kedua 2022 dengan pengeluaran sarung tangan dijangka bermula pada suku kedua 2023," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat itu sebelum ini mengumumkan pelaburan sebanyak AS$350 juta dalam fasa pertama daripada empat fasa pembinaan.

Kemudahan Supermax di Texas akan memenuhi sekurang-kurangnya 10 hingga 15 peratus daripada permintaan tahunan sarung tangan nitril perubatan di AS dalam tempoh dua hingga empat tahun akan datang dalam fasa pertama sahaja. Fasa kedua akan memenuhi 20-25 peratus permintaan dan penggunaan di AS dalam tempoh empat hingga enam tahun akan datang.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Supermax Datuk Seri Stanley Thai berkata kemudahan pembuatan di AS sentiasa menjadi keinginan syarikat.

Kumpulan Supermax telah melibatkan ARCO/Murray, pembina terkenal untuk gudang dan ruang pengedaran (menurut Engineering News-Record) untuk projek ini.

Supermax mengeksport ke 165 negara dan mempunyai pusat pengedaran serta operasi di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Ireland, Brazil, Jepun, Hong Kong dan Singapura.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia