LBS sedia tawaran menarik sempena Hari Raya
KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS) terus memberikan peluang pemilikan rumah menarik melalui kempen 'Raikan Rezeki Bersama LBS: Rezeki Raya Anda'.
Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Hock San, berkata melalui kempen dari 1 April 2022 sehingga 31 Mei 2022 itu, bakal pembeli rumah berpeluang membawa pulang wang tunai e-dompet bernilai lebih daripada RM541,800 dan menikmati enam tawaran tambahan dengan setiap pembelian rumah LBS.
"Dengan peralihan kepada fasa endemik dan penarikan semula sekatan untuk waktu operasi perniagaan, LBS yakin kempen terbaharu ini platform terbaik untuk bakal pembeli rumah bagi mendapatkan rumah idaman mereka.
"Sebagai usaha menyokong pemulihan kewangan yang terjejas daripada pandemik, LBS sebagai pemaju hartanah rakyat menggariskan pelan komprehensif jangka panjang.
"Ia juga seiring dengan dengan agenda perumahan kerajaan yang bakal meningkatkan peluang pemilikan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
Enam tawaran menarik di bawah kempen LBS itu adalah yuran guaman percuma, ganjaran kesetiaan, skim bayaran fleksi, yuran tempahan rendah, tiada caj pembatalan dan pakej kelengkapan perabot.
Sempena musim perayaan kali ini juga, LBS menyediakan hadiah bernilai lebih daripada RM2,000 dan RM5,000 melalui peraduan 'Count Your Ketupat' dan peraduan atas talian yang lain.
Selain itu, orang ramai juga berpeluang memenangi peraduan 'Kisah Rezeki Saya' di media sosial rasmi LBS.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawaran menarik lain, layari https://raikanrezeki.lbs.com.my/ atau www.lbs.com.my, atau hubungi 1700 81 8998.
LBS, pemaju perbandaran terkemuka di peringkat antarabangsa dengan visi untuk membina ruang inspirasi sempurna adalah penyandang pelbagai anugerah menerusi projek pembangunannya.
Dengan mengutamakan pembeli rumah, LBS telah membina dan membentuk landskap negara selama 30 tahun dan terus memenuhi permintaan pasaran bagi rumah berkualiti dan mampu milik.
Dengan simpanan tanah di seluruh Malaysia, LBS terus meraih kejayaan dan kekal kukuh dengan kejayaan perbandaran seperti Bandar Saujana Putra, KITA @ Cybersouth di Dengkil dan LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam.
Selain daripada pembangunan hartanah, LBS turut terbabit di dalam pengurusan runcit, perhotelan dan pelancongan.
Kejayaan berterusan yang dilakar oleh LBS adalah hasil kepimpinan Hock San yang turut dianugerahkan dengan pingat emas sebagai 'Property Man of the year' oleh Malaysia Property Award (FIABCI) pada 2018, yang dianggap sebagai anugerah 'Oscar' dalam industri hartanah.
Source: Bharian.com.my