News & Articles TH Prop komited kekal harga rumah bawah RM500,000

TH Prop komited kekal harga rumah bawah RM500,000


18 May 2022
TH Prop komited kekal harga rumah bawah RM500,000
SEREMBAN: TH Properties Sdn Bhd (TH Prop) komited untuk mengekalkan harga jualan hartanahnya di bawah RM500,000 meskipun berdepan persekitaran mencabar termasuk peningkatan kos bahan mentah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Azman Ibrahim, berkata paras harga di bawah RM500,000 membolehkan hartanah dapat dijual dan pembeli berpotensi juga mampu memiliki rumah yang diinginkan.

Beliau berkata, sasaran pasaran kumpulan hartanah milik penuh Lembaga Tabung Haji (TH) itu berbeza dengan pemaju lain dengan kunci utamanya ialah mampu milik.

Katanya, rumah kediaman yang ditawarkan adalah untuk pembeli yang baharu berkeluarga dan keluarga yang ingin menaik taraf rumah kediaman mereka.

"Reka bentuk kami adalah ringkas dan memberi keselesaan kepada penghuni. Ruang yang terbuka memberi peluang kepada pembeli untuk mengubah suai mengikut cita rasa sendiri," katanya kepada BH dalam satu temubual.

Azman berkata, TH Prop juga mahu lebih agresif bermula tahun ini dengan pelancaran hartanah baharu serta menyertai projek pembinaan baharu.

Beliau berkata, syarikat menetapkan sasaran untuk mencatatkan jualan berjumlah RM77 juta tahun ini dengan pelancaran hartanah baharu.

Katanya, jualan hartanah dijangka pulih tahun ini dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sempadan negara serta penurunan kes jangkitan COVID-19.

"Kami jangka pembeli akan kembali semula ke dalam pasaran selepas terkesan pandemik COVID-19. Trend dilihat meningkat dan ia dibuktikan dengan pelancaran Pristine 3 yang mendapat sambutan menggalakkan dengan kadar ambilan kira-kira 60 peratus sejak ia dilancarkan," katanya.

Selain aktif dalam segmen pembangunan, Azman berkata, TH Prop akan lebih agresif tahun ini dalam memantapkan dua lagi segmen perniagaan utamanya iaitu pengurusan hartanah dan pembinaan.

Beliau berkata, pihaknya akan lebih aktif untuk menyertai projek pembinaan baharu, sama ada projek kerajaan dan pihak swasta.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Don’t Miss NCM Co’s July 2025 Auction Carnival

  • Strata Sense: Demystifying strata living

  • MTD Properties lancar perbandaran bernilai RM1 bilion di Kajang, Melaka

  • PJ’S NEW ICON: A Walkable City, A Prestigious Address

  • Mah Sing rekod jualan hartanah RM1.01 bilion dalam lima bulan