News & Articles Sekatan perjalanan China, Apple pindah kilang iPad ke Vietnam

Sekatan perjalanan China, Apple pindah kilang iPad ke Vietnam


2 Jun 2022
Sekatan perjalanan China, Apple pindah kilang iPad ke Vietnam
KUALA LUMPUR: Apple memindahkan beberapa kilang pengeluaran iPadnya ke Vietnam dari China selepas gangguan rantaian bekalan yang berpunca daripada penutupan dan sekatan perjalanan akibat penularan COVID-19.

Sekatan itu telah menyebabkan kekangan produk dan alat ganti, kata Nikkei Asia pada Rabu.

Langkah terbaharu itu mencerminkan percubaan Apple menguruskan bekalannya dalam memenuhi permintaan daripada pengguna dan mengembangkan operasi pengeluaran di luar China, satu proses yang dipercepatkan apabila tercetus ketegangan perdagangan AS-China yang semakin memuncak.

Pembuat iPhone itu sebelum ini sudah mula menghasilkan beberapa AirPodsnya di Vietnam.

Peralihan untuk memindahkan beberapa kilang pengeluaran iPad ke Vietnam mungkin membantunya meningkatkan pendapatan iPad.

Pada April lalu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook berkata segmen iPad syarikat mempunyai "kekangan bekalan yang sangat ketara" pada suku kedua.

Pendapatan daripada iPad turun 1.92 peratus tahun ke tahun, satu-satunya segmen perniagaan Apple yang mengalami penurunan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Apple, Luca Maestri memberi amaran tentang beberapa cabaran yang dihadapi syarikat pada suku semasa, termasuk kekangan bekalan yang berkaitan dengan COVID-19 yang boleh menjejaskan jumlah jualan antara AS$4 bilion hingga AS$8 bilion.

Apple sudah meminta beberapa pembekal untuk mengumpul rizab bekalan komponen mereka seperti papan litar bercetak dan beberapa bahagian elektronik, terutamanya yang dibuat di sekitar Shanghai, demikian mengikut Nikkei Asia.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia