News & Articles Sunway Property lancar program Sunway Property Pals+

Sunway Property lancar program Sunway Property Pals+


7 Jun 2022
Sunway Property lancar program Sunway Property Pals+
Sunway Property melancarkan program Sunway Property Pals+ yang menawarkan ganjaran dan keistimewaan untuk pembeli dan penyewa untuk semua projek hartanahnya.

Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Bahagian Pembangunan Hartanahnya, Gerard Yuen, berkata program keistimewaan itu merangkumi tiga komponen iaitu Rent+, Care+ and Reward+.

Katanya, untuk Rent+, 25 peratus daripada sewaan bulanan yang dibayar oleh penyewa yang menetap di pembangunan Sunway Property akan ditukar kepada kredit sewa.

"Kredit sewa ini boleh dikumpul dalam tempoh dua sehingga lima tahun melalui program Sunway Property Rent+ yang kemudian boleh ditebus sebagai sebahagian daripada bayaran untuk membeli hartanah Sunway Property.

"Program ini akan bermula di seluruh negara mulai 1 Jun 2022 dan juga akan memanfaatkan kedua-dua pemilik dan pemilik sekunder dengan menjadikan unit mereka lebih mudah disewakan," katanya pada majlis pelancaran Sunway Property Pals+ di Kuala Lumpur, semalam.


Yuen berkata, bagi Care+, ia adalah perkhidmatan pembersihan rumah yang boleh ditempah oleh penduduk melalui panggilan atau WhatsApp ke talian perkhidmatan Sunway Property Care+.

"Pekerja pembersihan ini dilatih secara profesional oleh hotel lima bintang Sunway. Perkhidmatan pembersihan akan menggunakan bahan pembasmi kuman yang dibekalkan oleh Sunway Pharmacy manakala produk pembersihan adalah dari sumber yang mampan dan hijau untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan penghuni.

"Buat masa ini, perkhidmatan pembersihan ini hanya ditawarkan di pembangunan Sunway Property terpilih termasuk Sunway Bayrocks, Sunway GEOSense, Sunway GEOLake, Sunway Nautica, dan Sunway LaCosta pada kadar kompetitif RM 100 untuk dua jam atau RM 140 selama tiga jam untuk dua orang pekerja.

"Kita juga menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk tiga bulan pertama bermula 1 Jun ini," katanya.

Tambahnya, Sunway Property Reward+ yang baharu dipertingkatkan menawarkan ganjaran gaya hidup dengan memanfaatkan ekosistem unik Sunway termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan, runcit, riadah dan hospitality.

"Selain itu kita turut menawarkan rebat sehingga tiga peratus untuk pembeli berulang, dan satu peratus rebat tambahan untuk pembeli sekunder untuk pembelian seterusnya daripada Sunway Property," katanya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia