News & Articles Hong Leong Bank, Dresid tawar pakej ubah suai rumah

Hong Leong Bank, Dresid tawar pakej ubah suai rumah


10 Jun 2022
Hong Leong Bank, Dresid tawar pakej ubah suai rumah
Kuala Lumpur: Hong Leong Bank (HLB) dan Dresid, platform penambahbaikan rumah sehenti digital, bekerjasama bagi membolehkan pelanggan bank memberi wajah baharu kepada rumah mereka dengan tiga pakej pengubahsuaian rumah impian bernilai RM33,000, setiap satu.

Pengarah Urusan Bahagian Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB, Andrew Jong berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, rakyat Malaysia sudah meluangkan banyak masa di rumah dan ramai yang perlu menyediakan ruang untuk kerja memandangkan sebahagian besar daripada mereka terpaksa bekerja dari rumah.

"Oleh itu, kerana ramai yang beransur-ansur kembali ke pejabat dan sudah boleh menerima pengunjung, ramai yang mahu mencantikkan lagi ruang di rumah.

"Sama ada mereka bentuk semula seluruh rumah, atau menambah perhiasan yang menceriakan ruang bilik, kami mahu pelanggan mengubah suai rumah mereka menjadi rumah impian dengan memberi peluang kepada mereka menyerlahkan kreativiti masing-masing tanpa membebankan kewangan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, bermula sekarang sehingga 8 Ogos 2022, pelanggan baharu dan sedia ada HLB berpeluang boleh merebut peluang memenangi pakej pengubahsuaian rumah oleh pereka bernilai RM33,000 daripada Dresid.

Pelanggan hanya perlu melakukan transaksi untuk melayakkan diri seperti yang dinyatakan dalam laman web HLB atau HLB Connect untuk mendapatkan penyertaan dan terpilih sebagai satu daripada tiga pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah pengubahsuaian rumah yang indah.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menerima diskaun eksklusif sehingga 30 peratus dan pulangan tunai tambahan sebanyak 7.0 di gedung runcit Guocera terpilih apabila berbelanja menggunakan kad HLB masing-masing.

Sementara itu, Ketua Pasukan Dresid, Kwek Kon Hao berkata, salah satu daripada isu paling umum yang dihadapi dalam mana-mana projek pengubahsuaian rumah ialah perbelanjaan melebihi bajet.

Katanya, ia kerana pemilik rumah lazimnya tiada perancangan jelas mengenai apa yang mahu dilakukan dan mereka sering menambah projek sampingan yang mungkin nampak menarik, tetapi menelan kos dan melengahkan kerja yang dilakukan.

"Terdapat beberapa cara mudah yang boleh membantu sesiapa sahaja berbelanja mengikut bajet tanpa menjejaskan kecantikan rumah impian.

"Pemilik rumah boleh mula membayangkan saiz projek yang ingin dilaksanakan, sama ada penambahbaikan kecil atau kerja pengubahsuaian besar dan menyediakan bajet yang tepat dengan mendapatkan tiga atau empat sebut harga daripada pembekal berbeza.

"Jangan tersasar daripada pelan induk dengan menetapkan keutamaan dan juga masa untuk mencapai matlamat dan tindakan mendokumenkan rancangan dan idea terbabit," katanya.

Source: Hmetro.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia