Subang Parade anjur Merdeka Fiesta sempena Hari Kebangsaan
KUALA LUMPUR: Subang Parade, milik Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT), bakal menganjurkan Merdeka Fiesta sempena Hari Kebangsaan mulai 27 hingga 28 Ogos ini.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, ia mengambil inspirasi daripada tema Hari Kebangsaan negara, "Keluarga Malaysia Teguh Bersama".
Ia juga menyokong budaya dan pereka tempatan pelbagai aktiviti diadakan seperti pertunjukan fesyen yang meraikan kekayaan tradisi Batik, Tenun dan Songket Malaysia serta mempamerkan bakat tempatan serta bazar yang menampilkan barangan buatan dan keluaran tempatan, demonstrasi memasak masakan tempatan, demonstrasi hobi dan juga zoo belaian untuk membawa bersama keluarga, jiran dan rakan-rakan.
Pelancaran pertunjukan fesyen Subang Parade yang unik pada 27 Ogos ini akan menampilkan pereka seperti Calvin Thoo yang terkenal dengan pengkhususan dalam fabrik tradisional.
Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Property Services, Aldela Puspa Nordin, berkata Merdeka Fiesta disatukan untuk memberi kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang kekayaan warisan dan kepentingan bersama, nilai dan sejarah negara, membantu membina asas yang kukuh untuk masa depan.
"Pertunjukan fesyen Batik, Tenun dan Songket serta pameran kebanyakan barangan keluaran tempatan akan menjadi pameran yang bagus mengenai semua perkara Malaysia.
"Sepanjang tiga hari Subang Parade Merdeka Fiesta, terdapat juga kempen pengambilan haiwan peliharaan di samping zoo belaian haiwan peliharaan. Terdapat juga tutorial dan demonstrasi, antara lain, berkaitan solekan dan pembinaan terarium," katanya.
Untuk hijabista pula terdapat tutorial yang akan berlangsung pada 28 dan 31 Ogos.
Dalam pada itu, Chef Zam atau Datuk Zamzani Abdul Wahab pula akan mempamerkan kepakaran memasaknya pada 31 Ogos 2022 melalui beberapa demonstrasi masakan, katanya di sini hari ini.
Turut diadakan ialah pameran khas batik dan songket tradisional buatan tangan dan direka oleh penghuni Penjara Kelantan, satu inisiatif yang membanggakan di bawah Yang Teramat Mulia Tunku Puan Sri Hajjah Noor Hayati.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn Bhd (Hektar Asset Management), Johari Shukri Jamil, berkata Merdeka Fiesta mempamerkan budaya dan akar umbi Malaysia yang kita mahu bukan sekadar mempertahankannya tetapi berkongsi dengan seluruh dunia.
"Subang Parade telah menjadi pusat keluarga dan pekerja di kawasan kejiranan sekitar selama lebih 30 tahun. Sejak itu, pusat beli-belah itu telah melalui beberapa penambahbaikan dan pengubahsuaian untuk memastikan ia kekal di atas trend pasaran sambil memenuhi sasaran pasaran.
"Kami mahu kekal sebagai tempat berkumpul utama untuk keluarga dan rakan-rakan di Lembah Klang dan kami akan terus menaik taraf kemudahan serta memperkenalkan jenama dan perkhidmatan runcit baharu untuk memastikan mereka mendapat sebanyak mungkin daripada lawatan mereka ke pusat membeli-belah itu." Katanya.
Source: Bharian.com.my