News & Articles Mah Sing catat jualan hartanah RM1 bilion separuh pertama 2022

Mah Sing catat jualan hartanah RM1 bilion separuh pertama 2022


29 Aug 2022
Mah Sing catat jualan hartanah RM1 bilion separuh pertama 2022
KUALA LUMPUR: Mah Sing Group Bhd mencatatkan prestasi cemerlang bagi separuh pertama 2022 dengan meraih jualan hartanah baharu sebanyak RM1 bilion.

Kumpulan pemaju hartanah itu mencatatkan jualan RM550 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun yang menjadikan jualan keseluruhan enam bulan pertama kepada RM1 bilion.

Jumlah itu adalah jualan suku tahunan dan separuh tahun tertinggi direkodkan sejak 2017.

Pendapatan Mah Sing pada suku kedua tahun kewangan 2022 meningkat 23 peratus kepada RM542 juta, membolehkannya meraih keuntungan sebelum cukai RM59.8 juta.

Ia berbanding pendapatan RM438.7 juta dan keuntungan sebelum cukai RM58 juta direkodkan pada suku sama tahun lalu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2022, pendapatan kumpulan meningkat 14 peratus kepada RM975.2 juta berbanding RM852 juta direkodkan setahun lalu.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum, berkata prestasi mantap syarikat sebahagian besarnya disebabkan momentum pemulihan daripada pembukaan semula sempadan.

Beliau berkata, ia turut didorong kejayaan pelancaran baharu rumah berharga mampu milik di M Senyum, Salak Tinggi dan Meridin East, Johor Bahru, selain kadar pengambilan memberangsangkan projek lain yang sedang dijalankan seperti M Vertica di Cheras, M Arisa di Setapak, M Luna di Kepong, M

Oscar di Sri Petaling, M Adora di Wangsa Melawati, M Aruna di Rawang, Southville City di KL South serta Meridin East di Johor.

Katanya, inventori yang telah siap daripada Southbay City dan Ferringhi Residence di Pulau Pinang serta Sierra Perdana, Meridin @ Medini dan Mah Sing i-Parc di Johor turut menyumbang.

"Peralihan strategik dengan tumpuan lebih besar kepada pembangunan mampu milik M Series terbukti langkah berkesan dan tepat pada waktunya bagi memastikan prestasi stabil kumpulan," katanya dalam satu kenyataan.

M Series mampu milik membawa DNA lokasi perdana dengan pasaran yang besar, akses mudah kepada pelbagai kemudahan, sambungan, infrastruktur telah tersedia dan ciri-ciri reka bentik menarik.

Mah Sing secara aktif membangunkan tanah bagi siri pembangunan hartanah sedemikian dalam usahanya menampung permintaan pasaran semasa.

Selepas mencatatkan kadar pengambilan 98 peratus bagi M Luna di Kepong, Mah Sing membuka galeri jualan M Nova di Taman Wahyu, Kepong pada Jun lalu untuk mengekalkan momentum jualan.

Pelancaran akan datang termasuk M Astra (kediaman bertingkat tinggi daripada RM399,000) di Setapak, M Panora (kediaman bertanah daripada RM635,000) di Rawang, Fasa 2 dan 3 M Senyum (kediaman bertanah daripada RM495,000) di Salak Tinggi serta fasa baharu rumah dua tingkat Meridin East (kediaman bertanah daripada RM425,000) di Johor Bahru.

Dengan jualan hartanah baharu RM1 bilion telah diperoleh, Mah Sing berada dalam landasan untuk mencapai sasaran jualan 2022 sebanyak RM2 bilion.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia