News & Articles Kempen jualan Sunway Property dapat sambutan hebat

Kempen jualan Sunway Property dapat sambutan hebat


11 Oct 2022
Kempen jualan Sunway Property dapat sambutan hebat
KUALA LUMPUR: Sunway Property mencatatkan jumlah tempahan sebanyak RM800 juta bagi lapan projek pembangunan menerusi Kempen Signature Series 2022 yang dilaksanakan baru-baru ini.

Kempen itu, yang berakhir bulan lalu, menampilkan lapan projek unggul Sunway Property iaitu Sunway Alishan, Sunway Flora, Jernih Residence, Sunway Artessa, Sunway d'hill, Sunway Serene, Sunway Velocity TWO dan Sunway Belfield yang kesemuanya terletak dalam lokasi utama di sekitar Lembah Klang.

Dengan tempahan sebanyak 1,131 unit, kejayaan kempen itu disumbangkan oleh falsafah reka bentuk dipertingkatkan, Sunway Design and Development Architecture (SDDA), dengan semua projek dalam kempen berkenaan menampilkan elemen Kelestarian, Inovasi, Kesihatan dan Kesejahteraan serta Gaya Hidup dan Pengalaman Baharu.

Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Property Wilayah Tengah, Chong Sau Min, berkata kejayaan kempen itu disebabkan oleh minat yang semakin meningkat terhadap kediaman bersepadu, holistik dan lestari di lokasi-lokasi strategik yang mempunyai akses dan ketersambungan yang hebat.

"Selepas pandemik, banyak keluarga mencari kediaman yang boleh menampung gaya hidup norma baharu mereka.

"Setiap pembangunan kami dilaksanakan sejajar dengan Reka Bentuk dan Seni Bina Pembangunan Sunway Property yang dipertingkatkan dengan memastikan ciri-ciri kelestarian, inovasi, kesihatan dan kesejahteraan serta gaya hidup dan pengalaman baharu yang disepadukan dalam rumah-rumah yang disediakan untuk pembeli," katanya.

Ciri-ciri reka bentuk yang boleh dinikmati oleh pembeli rumah baharu termasuklah kemudahan mengecas kenderaan elektrik di tempat letak kereta penduduk, reka bentuk pelbagai generasi yang inovatif dengan reka bentuk mesra kanak-kanak dan mesra warga emas, laluan pejalan kaki berbumbung ke sistem pengangkutan awam berdekatan, ruang kerja bersama dalam pembangunan mereka.

Selain itu, perkakas kawalan kualiti udara NanoeTM, taman-taman herba, PopBoxes (loker mengambil bungkusan), ruang khusus penghantaran bungkusan dan makanan, tempat letak kereta berbilang tingkat dengan tanjakan ekspres serta akses rumah tanpa kunci menggunakan kunci digital.

Di bawah Kempen Signature Series 2022, pembeli didaftarkan secara automatik sebagai ahli Sunway Property Pals+ dan boleh menikmati kemudahan dan keistimewaan terpilih baharu merangkumi Rent+, Care+ dan Rewards+.

Sunway Property sedang mengadakan kempen Putar & Menang untuk produk unggulnya mulai sekarang hingga 31 Oktober.

Sepanjang tempoh kempen itu, pembeli berpeluang memenangi hadiah dengan jaminan yang bernilai sehingga RM500,000 termasuklah Kerusi Urut Ogawa, Thermomix, Baucar Diskaun sehingga kepada RM5,888, kredit Touch 'n Go bernilai RM5,000 dan banyak lagi apabila mereka menempah unit dengan Sunway Property.

Projek-projek yang menyertai kempen itu ialah Sunway Serene, Sunway Velocity TWO, Sunway Belfield, Sunway Artessa, Sunway d'hill, Jernih Residence dan Sunway Alishan.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia