News & Articles Unit SunCon dapat kontrak RM463 juta

Unit SunCon dapat kontrak RM463 juta


4 Nov 2022
Unit SunCon dapat kontrak RM463 juta
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd (SunCon), Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB) meraih dua kontrak daripada Sharp Ventures Solar Sdn Bhd (SVS) dan Sunway Flora Sdn Bhd dengan nilai gabungan RM463 juta.

Dalam dua makluman kepada Bursa Malaysia, SunCon berkata SCSB meraih kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM185.01 juta daripada SVS yang terletak di Kapar, Selangor dan menerima surat lantikan daripada Sunway Flora Sdn Bhd untuk kerja-kerja pembinaan utama membabitkan kondominium di Kuala Lumpur bernilai RM278 juta.

Tempoh untuk menyiapkan kerja-kerja EPCC ialah 18 bulan dari tarikh permulaan iaitu pada Disember 2022.

Bagi projek Sunway Flora, kontrak itu bermula hari ini dan dijangka siap pada 31 Oktober 2025.

Kedua-dua projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan SunCon dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan seterusnya.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • Shah Alam Neighbourhood Spotlight: Why Auction Properties Here Are Worth a Second Look in 2026

  • Understanding the Proclamation of Sale (POS): What is a POS?

  • Jelajah Harta Tanah Malaysia 2026 Returns with Over 1,200 Property, Auto & Art Auction Opportunities

  • SD Guthrie and Sime Darby Property Advance Strategic Industrial Corridor into Next Phase

  • Industri hartanah perlu utamakan pemeliharaan ekologi - Nga