Tropica Aman tampil siri vila Hana Residences
KUALA LUMPUR: Tropicana Aman, perbandaran terbesar seluas 345.2 hektar oleh Tropicana Corporation Bhd (Tropicana) di Kota Kemuning memperkenalkan siri vila terakhirnya, Hana Residences.
Dibayangkan sebagai syurga untuk kehidupan menjadi lebih indah, Hana Residences menawarkan 130 banglo mewah dua dan tiga tingkat serta rumah berkembar dua tingkat, melengkapkan rangkaian pelbagai tawaran kediaman dan komersial Tropicana Aman.
Merentasi kawasan 11.2 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM403 juta, Hana Residences diserikan dengan pemandangan indah termasuk pemandangan tepi tasik dan akses lif merentasi semua tingkat untuk unit terpilih.
Saiz lot berjulat daripada 45' x 80' hingga 80' x 100' dengan binaan daripada 4,004 kaki persegi hingga 9,052 kaki persegi, memberikan ruang yang luas untuk tempat tinggal yang terdiri daripada pelbagai generasi yang serba boleh.
Pembangunan kediaman mewah itu dijangka siap menjelang suku ketiga 2025.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tropicana, Joanne Lee, berkata pihaknya menamakan Hana Residences dengan perkataan 'Hana', memberi maksud 'bunga' dalam bahasa Jepun hingga kepada 'kegembiraan' dan 'kebahagiaan' dalam bahasa Arab.
Ia dibangunkan mengikut tiga prinsip reka bentuk, iaitu 'Hearth', 'Habitat' dan 'Haven', menangani teras bagi rumah, persekitaran dan kemudahan.
"Sebagai tawaran kediaman terakhir Tropicana Aman, kami berusaha untuk membezakan Hana Residences dengan meletakkannya di atas tanah bertingkat sebagai kawasan persendirian yang menghadap ke perbandaran sekitar, selaras dengan mantra teras kami untuk Mentakrifkan Semula Seni Kehidupan," katanya.
Perkhidmatan reka bentuk peribadi rumah mengikut kehendak pembeli disediakan menerusi Program T.Living Tropicana.
T.Living membenarkan pemilik Hana Residences bagi menyesuaikan hartanah mereka dengan 'Bella,' tema yang lebih gelap untuk estetika yang bergaya dan palet moden atau 'Karisma,' tema yang lebih ringan untuk warna yang menenangkan dan rasa ketenangan dan keharmonian.
Pembeli boleh menyesuaikan lagi kediaman mereka dengan pakej Perlindungan, Pintar, Keselesaan dan Mesra Alam Sekitar T.Living, memenuhi keperluan keselamatan penduduk, rumah pintar, penyejukan dan keperluan kelestarian masing-masing.
Tiga teras iaitu Hearth, Habitat dan Haven mengekspresikan DNA pembangunan unik Tropicana dalam Hana Residences, menekankan antara lainnya konsep dan reka bentuk yang inovatif, kemudahan dan kawasan lapang.
Teras pertama, Hearth, menangani ciri reka bentuk seperti orientasi utara/selatan untuk penyejukan pasif, serta siling volum berganda dalam ruang makan dan ruang kediaman untuk rumah dalam pembangunan utama itu.
Selain itu, ciri rumah pintar memberikan kemudahan kepada pemilik dan penduduk.
Sementara itu, teras Habitat mengawal persekitaran Hana Residences, lengkap dengan kemudahan kondusif seperti Linear Park, Central Garden, taman poket dan banyak lagi, dipertingkatkan oleh keselamatan pelbagai peringkat untuk ketenangan fikiran.
Akhir sekali, Haven menggabungkan pelbagai faktor tarikan di sekitar perbandaran Tropicana Aman.
Selaras dengan komitmen kumpulan terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG), ia direka bentuk sebagai laluan jalan kaki dan berbasikal yang tenang.
Selain itu, hab rekreasi dan dua institusi pendidikan berdekatan iaitu Tenby International School dan SJKC Bukit Fraser memenuhi keperluan masyarakat sekitar.
Central Park Tropicana Aman seluas 34 hektar berfungsi sebagai persekitaran hijau dengan banyak ruang rekreasi ruang, astaka tepi tasik, dan denai berjalan kaki dan berbasikal sejauh tujuh kilometer.
Perbandaran dilingkari ketersambungan yang mantap dengan laluan utama seperti Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lembah Klang Selatan, dan Lebuhraya Pantai Barat, serta Lebuhraya Utara-Selatan Rangkaian Tengah.
Vila utama di Hana Residences berharga daripada RM2.34 juta.
Source: NST.com.my