News & Articles Tropicana tawar angpau RM18,888 untuk pembeli

Tropicana tawar angpau RM18,888 untuk pembeli


30 Jan 2023
Tropicana tawar angpau RM18,888 untuk pembeli
PETALING JAYA: Pemaju hartanah, Tropicana Corporation Bhd (Tropicana) melancarkan kempen 'Lucky Ang Pao' sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang berlangsung sehingga 28 Februari 2023.

Kempen itu menawarkan angpau sehingga RM18,888 untuk penyertaan di perbandaran pemaju hartanah itu.

Pada masa yang sama, Tropicana juga bekerjasama dengan Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) untuk menawarkan rebat bagi semua projek Tropicana, serta ganjaran T Privilege dan lain-lain lagi.

Tahun ini, Tropicana memilih tema Mendefinisikan Semula Seni Kebersamaan untuk sambutan Tahun Baharu Cina seperti yang dilihat dalam filem pendek 'Modernising Ah Gong & Ah Ma CNY', memandangkan rakyat Malaysia meraikan ikatan kekeluargaan yang kukuh walaupun terdapat perbezaan antara generasi dan ahli keluarga.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tropicana, Joanne Lee, berkata Tahun Baharu Cina adalah masa untuk bergembira dan bertemu semula, kerana rakan serta keluarga berhubung semula.

"Dalam semangat musim ini, Tropicana ingin memberi ganjaran kepada pembeli hartanah kami dan komuniti atas sokongan mereka selama ini.

"Itulah sebabnya kami memperkenalkan kempen 'Lucky Ang Pao' dan kerjasama dengan Alliance Bank, memupuk suasana bertuah dan kemakmuran sambil meraikan hubungan di sekeliling kita," katanya dalam satu kenyataan.

Berlangsung sehingga 28 Februari 2023, kempen 'Lucky Ang Pao' memberi ganjaran kepada pelanggan Tropicana dengan angpau daripada RM1,888 hingga RM18,888 untuk pembelian hartanah terpilih di Tropicana Aman, Tropicana Cenang, Tropicana Gardens, Tropicana Grandhill dan Tropicana Metropark.

Pada masa yang sama, kerjasama Tropicana dengan Alliance Bank membolehkan pembeli menikmati rebat dua peratus sehingga 30 April 2023 untuk semua projek Tropicana.

Pelanggan yang mengaktifkan Akaun Alliance SavePlus/-i dan mempunyai keahlian Program Kesetiaan T Privilege yang sah, sama ada sedia ada atau baharu, layak memperoleh 4,000 mata T Privilege bernilai RM40 dan promosi itu berlangsung sehingga 31 Mac 2023.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia