News & Articles Putrajaya Holdings lancar Residensi Sakura bermula RM350,000

Putrajaya Holdings lancar Residensi Sakura bermula RM350,000


9 Feb 2023
Putrajaya Holdings lancar Residensi Sakura bermula RM350,000
PUTRAJAYA: Putrajaya Holdings baru-baru ini melancarkan projek Residensi Sakura, pembangunan kediaman bertingkat tinggi sebanyak 463 unit di Presint 11, Putrajaya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Putrajaya Holdings berkata ia dijangka mencatatkan satu lagi tahun cemerlang dengan projek baharu itu, yang menawarkan harga menarik bermula daripada RM350,000.

Ia berkata, 50 peratus daripada unit yang ditawarkan sudah dibeli semasa pelancaran awal baru-baru ini.

Putrajaya Holdings, pemenang Anugerah Pemaju Hartanah ASEAN pada 2022, menawarkan diskaun menarik kepada semua pembeli rakyat Malaysia, selain promosi eksklusif lain seperti bayaran muka sifar peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings, Datuk Hashimah Hashim, berkata: "Kami melihat peranan kami sebagai pemaju induk Putrajaya sebagai lebih daripada sekadar pemaju. Melangkauinya, kami percaya tugas kami adalah untuk membina sebuah bandar yang segar dengan ekosistem sosio-ekonomi yang mantap.

"Kami berusaha untuk mewujudkan sebuah bandar yang benar-benar mampan dan progresif di sini. Itu adalah visi kami sejak ditubuhkan dan kami amat teruja dengan pelancaran Residensi Sakura keranan ia menandakan satu lagi langkah besar ke hadapan dalam hala tuju berkenaan."

Residensi Sakura menampilkan enam pelan lantai dengan saiz binaan 828 kaki persegi, 957 kaki persegi dan 2,120 kaki persegi (dua kunci).

Memandangkan keperluan keluarga, pekerjaan dan gaya hidup berubah pantas, pembeli rumah hari ini melihat kepada ketenangan model yang boleh mereka miliki.

Kebahagian itu bukan hanya datang dengan ciri-ciri dan kemudahan premium yang boleh dijangka daripada kediaman mewah, malah turut dihubungkan dengan baik ke pelbagai kemudahan.

Putrajaya Holdings berkata, Residensi Sakura menggunakan konsep visi kehidupan moden kondusif, dikelilingi oleh kemudahan hijau dan moden, yang semuanya disumbangkan oleh Pelan Induk Putrajaya yang komprehesif serta berpandangan jauh.

Sambungan adalah satu lagi kelebihan besar pembangunan itu kerana ia boleh diakses dari rangkaian lebuh raya utama dan berhampiran dengan pusat pengangkutan utama seperti Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya.

Pelbagai kemudahan seperti sekolah, taman, komuniti kejiranan dan pusat rekreasi termasuk kolam renang dan kemudahan sukan juga terletak berhampiran Residensi Sakura.

Pembangunan pegangan bebas itu dilihat sebagai pilihan pelaburan yang sangat baik selain rumah ideal bagi keluarga muda dan moden yang aktif.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia