News & Articles Pelanggan LBS berpeluang menang ubah suai rumah RM150,000

Pelanggan LBS berpeluang menang ubah suai rumah RM150,000


14 Feb 2023
Pelanggan LBS berpeluang menang ubah suai rumah RM150,000
KUALA LUMPUR: Pemilik kediaman LBS Bina Group Bhd (LBS) bakal berpeluang untuk memenangi ubah suai rumah bernilai RM150,000 menerusi program kesetiaan pelanggan 'Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite'.

LBS telah menjalin kerjasama dengan Goodnite International Sdn Bhd melalui program kesetiaan pelanggan itu.

Program 'Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite' terbuka kepada semua pembeli rumah LBS dan tempoh peraduan berlangsung dari 3 Januari sehingga 30 April 2023.

Pemenang bertuah berpeluang untuk mengubahsuai dengan pilihan reka bentuk ruang tamu sehingga ke set bilik tidur yang dianggarkan bernilai RM25,000.

Goodnite adalah syarikat ternama yang terbabit di dalam pembuatan, perusahaan dan pengedaran produk barangan kelengkapan bilik tidur dan perabot dengan 23 cawangan di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan perabot kediaman seperti sofa, set meja makan dan aksesori berkaitan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata selama bertahun-tahun, LBS telah memperkenalkan pelbagai pakej kelengkapan rumah yang menawarkan pengalaman yang mudah, tanpa kerumitan dan mesra dompet.

Beliau berkata, melalui kerjasama strategik itu, pihaknya berpeluang untuk melihat pemilik rumah LBS bertuah mengubah suai rumah mereka.

Malah, katanya, ia memberi peluang kepada mereka untuk memilih ruang atau bahagian rumah yang difikirkan sesuai untuk mendapat sentuhan ubah suai serta penataan perabot yang bersesuaian.

"Memiliki rumah adalah satu pencapaian yang menakjubkan tetapi kami faham bahawa terdapat banyak lagi langkah-langkah yang perlu diambil selepas mendapat kunci rumah idaman.

"Sebahagian besar daripada simpanan kita kemudiannya perlu digunakan untuk menghias dan mengubah suai rumah.

"Berpindah ke rumah baharu boleh menjadi salah satu titik kegembiraan, namun ia boleh juga menimbulkan perkara-perkara yang tidak dijangka seperti kos dan idea untuk menghias rumah baharu," katanya dalam satu kenyataan.

Semua pemilik rumah di projek LBS secara automatik layak untuk menyertai kempen ubah suai itu.

Untuk terpilih sebagai pemenang bertuah, pemilik rumah LBS hanya perlu mengambil gambar ruang tamu, ruang makan atau bilik tidur yang difikirkan perlu pengubahsuaian, dan muat naik gambar tersebut ke homemakeover.lbs.com.my, melengkapkan slogan dan ikuti serta klik 'suka' di platform laman media sosial, Facebook dan Instagram LBS.

LBS, pemaju perbandaran terkemuka di peringkat antarabangsa dengan visi untuk membina ruang inspirasi sempurna adalah penyandang pelbagai anugerah menerusi projek pembangunannya.

Dengan mengutamakan pembeli rumah, LBS telah membina dan membentuk landskap negara selama 30 tahun dan terus memenuhi permintaan pasaran bagi rumah berkualiti dan mampu milik.

Kini, dengan bank tanah di seluruh Malaysia, LBS terus meraih kejayaan dan kekal kukuh dengan kejayaan perbandaran seperti Bandar Saujana Putra, KITA @ Cybersouth di Dengkil, LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam dan lain-lain lagi.

Selain daripada pembangunan hartanah, LBS turut terbabit di dalam pengurusan runcit, perhotelan dan pelancongan.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia