News & Articles Sunway Property lancar projek sulung di Bukit Jalil

Sunway Property lancar projek sulung di Bukit Jalil


22 Feb 2023
Sunway Property lancar projek sulung di Bukit Jalil
KUALA LUMPUR: Sunway Property akan melancarkan satu lagi projek pembangunan baharunya di Bukit Jalil dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM723 juta.

Pengarah Eksekutif Kanan Wilayah Tengah Sunway Property, Chong Sau Min, berkata Sunway Flora Residences adalah projek pertama kumpulan di Bukit Jalil.

Beliau berkata, projek pembangunan hartanah baharu itu juga direka berdasarkan Sunway Design & Development Architecture (SDDA) dan ia akan menjadi pembangunan kediaman GreenRE Platinum pertama di Bukit Jalil.

Katanya, Sunway Flora Residences adalah pembangunan kediaman pegangan bebas yang terletak di lokasi strategik Bukit Jalil yang hanya 700 meter dari stesen LRT Muhibbah dan hanya tiga kilometer dari Pavilion Bukit Jalil.

"Kami teruja dengan pelancaran Sunway Flora Residences kerana ini adalah kemasukan pertama kami ke perbandaran Bukit Jalil yang sedang berkembang pesat.

"Kami memperuntukkan Bukit Jalil sebagai lokasi yang sesuai untuk pembangunan bersepadu yang terkemuka, kerana ia merupakan salah satu lokasi yang paling dicari.

"Bukit Jalil dijangka akan menerima lebih banyak pertumbuhan selepas penyiapan laluan MRT Putrajaya kelak" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sau Min berkata, Sunway Flora akan menyampaikan persekitaran hidup biofilik bersepadu yang menakjubkan, konsep reka bentuk yang meningkatkan ketersambungan penghuni kepada persekitaran semulajadi melalui penggunaan alam semula jadi, ruang dan tempat.

Beliau berkata, penduduk akan menikmati kemudahan berinspirasikan alam seluas 4.3 ekar termasuk taman linear persendirian seluas 1.3 ekar.

"Kami mengharapkan Sunway Flora memberikan kebolehdiaman yang hebat untuk pemilik serta pertumbuhan modal yang pasti untuk pelabur," katanya.

Sau Min berkata, pembeli Sunway Flora Residences juga secara automatik akan menjadi ahli Sunway Property Pals+ (SPP+).

Beliau berkata, SPP+ adalah perkhidmatan selepas penjagaan yang disediakan kepada pemilik rumah, pemilik sub-jualan dan penyewa.

SPP+, katanya menyediakan sokongan sewa dari segi kredit sewa, perkhidmatan penjagaan rumah dan pengurusan serta ganjaran dan keistimewaan eksklusif untuk kemudahan komuniti Sunway.

Kumpulan juga, katanya akan membuka galeri jualan Sunway Flora pada 25 dan 26 Februari serta pelbagai aktiviti menarik.

Turut diadakan adalah peraduan Spin & Win yang menawarkan hadiah sehingga sehingga RM5,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Flora, sila layari https://sunwayflora.com atau hubungi 1700-81-1155.

Source: Bharian.com.my

Latest Posts
  • LBS signs MoU for 10GW green hydrogen project in Sabah

  • Milla Residence sedia tempat letak kereta automatik canggih

  • RHB Research positive on Kerjaya Prospek citing robust job flow pipeline

  • Kerjaya Prospek, Aspen Vision bangun tanah 33.52 hektar di Pulau Pinang

  • Matrix Concepts dinobat antara 10 pemaju hartanah terbaik Malaysia